Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Makan Hari Pertama di Egypt





Sekembali dari rumah sewaan Nana, Mas dan Azreen ikut sama menghantar barang barang Nana. Kami duduk bersembang sembang sebelum Aida dan Izzad turut sama menyertai. Selepas selesai solat Asar, Izzad membawa kami keluar makan makanan Egypt di Restoran GAD. Kalau semasa kami pertama kali ke sini dulu, kami tak berkesempatan untuk explore makanan orang Egypt, kali ini memang nak mencari makanan sini dan nak menikmati buah buahan yang memang manis.




Kami menaiki teksi yang standardlah di sini, berwarna kuning dan agak uzur. Memang agak sukar bagi orang yang tinggi macan my hubby nak masuk kerana tempat duduk belakang yang memang sempit. Restoran yang kami pergi nampak high end lah kalau berbanding dengan restoran kecik yang kami pernah pergi dulu.










Kami memesan kebab yang memang sedap, daging yang fresh dan diperap dengan rempah yang tidak terlalu heavy pun. Selain daging fresh, juga ada daging kisar yang diperap dengan rempah rempah yang juga memang sedap. Kalau kebab yang biasa di Malaysia, yang dibakar dan dipusing pusing sekeliling api tu, jangan cerita lah sedap nya. Macam mana ni, semuanya sedap. Cuma ayam panggang sahaja, dirasakan biasa sahaja. Mungkin sebab sudah kenyang kot. 







Akhir sekali Izzad memesan khawaisi yang seolah pizza jika dilihat sekali lalu cuma berbezanya diletakkan daging kisar didalamnya. Di atasnya diletakkan tomato dan cheese. 







Kami juga memesan sedikit nasi yang berasnya memang agak lain dengan beras di tempat kita. Bentuknya bulat bulat dan terasa sedikit berkanji ala ala beras pulut. 

Nasi di sini di masak dengan dimasukkan sedikit hati lembu yang merupakan makanan yang memang dikira specialty. Kalau roti pula, memang diberi percuma. Sedap dimakan semasa masih panas panas. 

Izzad memberitahu kerajaan Mesir ada memberi roti percuma pada rakyatnya setiap minggu. Ya lah, roti kan makanan utama orang Mesir. 




Selepas itu, kami meronda ronda kedai di sekitarnya sebab kata Izzad lepas makan eloklah berjalan jalan dulu. Dari situ, kami balik dengan menaiki tram. Tapi memang tak tahan panasnya terutama masa tram berhenti. Lagi pulak, mata dah mengantuk kerana waktu Malaysia menunjukkan jam sudah hampir pukul 1 pagi. Aduhaai jet lag lah. 

Sesampai di rumah sewaan, terus masuk bilik dan tidur. Beberapa jam kemudian, baru bangun dan solat. Pukul 3 pagi waktu Egypt, dah terjaga, hmm patutlah pukul 9 pagi waktu Malaysia.


Makan Makan Hari Pertama di Egypt

Makan Makan Hari Pertama di Egypt

Makan Makan Hari Pertama di Egypt

Makan Makan Hari Pertama di Egypt


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Makan Makan Hari Pertama di Egypt "

  1. Bestnya akak pergi sana :)
    Dapat merasa makanan kat sana..
    Take care tau -,-

    BalasPadam
  2. salam Zie
    semua lazat2 belaka yg dlm gambar tu macam nak makan je semua tu hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Noor, mmg sedap sedap masakan Egypt ni, terutama yg berdaging. Perapan pada daging dan ayam mmg sgt sedap. Terasa sangat rempahnya

      Padam
  3. salam sejahtera

    Suka tgk makanan2 yg nampak sedap. Habis ke? sesuai dgn selesa kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak banyak beza dg tempat kita cuma ianya lebih sedap. Ayam dan daging bakarnya lagi sedap. Siap bertambah tambah

      Padam
  4. salam ukhuwahn kak Azie..
    jauhnya akak berjalan..hehe..tgk menu makanan pun sedap2, terliurrr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berjalan sambil menghadiri majlis graduasi anak sulung kami

      Padam
  5. As salam ,geramnya tengok daging kebab tu.Rasa nak capai aje dari sini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daging dan ayam yang diperap, mmg terasa rempah perapannya.

      Padam