Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 14 November 2012

Lidah Lembu Goreng Garam Kunyit






Saya dan suami suka makan sup lidah kambing yang dijual di Restoran Mamak terutama Restoran Pelita. Anak kami, Nelly pulak suka makan lidah lembu yang digoreng. Semasa majlis korban di kampung baru ni, dia memesan supaya saya minta lidah lembu untuk dibawa balik. Oleh kerana lidah juga perlu di bahagi kepada 7 bahagian, maka terpaksa lah minta izin dari semua yang mengambil bahagian dalam korban supaya lidah tidak dipotong kecil. Akhirnya hajat dia tercapai.

Balik rumah, my hubby lah yang mengerjakan lidah itu seperti mencelur dan mengupasnya. Saya memang tak pandai bab ini. Seperti biasa, saya lebih suka memasak lidah dengan menggoreng garam kunyit sahaja. Lepas tu dimasukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris hiris kasar. Cili hijau pulak kalau nak sedap mesti guna cili hijau yang dibuat solok lada.  Bukan cili hijau biasa tapi kalau di sini agak susah nak mendapatkan cili hijau solok tu, jadi bolehlah guna apa apa cili pun.

Jom kita tengok resepi mudah di bawah...




Lidah Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Lidah - potong kecil
Cili hijau
Bawang besar
Garam
Serbuk kunyit
Minyak

Cara cara:
Lidah yang dipotong dilumur dengan garam dan kunyit. Lepas tu, dimasukkan ke dalam kuali dan dimasak seketika sehingga air kering.

Masukkan minyak masak dan goreng sehingga lidah lembut. Masukkan bawang dan cili hijau yang dihiris. Goreng sehingga ianya layu.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.





7 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam Azie
alahai akak tak pernah makan lidah ni kalau sedap boleh lah di try nnt, tapi rasa nya tak pernah nampak kat pasar di jual lidah ni lah///

Azie said...

Kami mmg suka lidah lembu terutama sup di Restoran Pelita. Sedap sangat

synrella asmah said...

Kak Azie ,Sebelum ni tak pernah lak makan lidah lembu.......Sedap ya kak

Suzana Ibrahim said...

salah satu dari makanan kesukaan saya.lepas raya hari tu ada buat sekali sebab semua orang tak nak lidah lembu tu,semuanya dapat kat kita.apalagi saya gorenglah macam kak Azie buat.sedap ye tak?

Azie said...

Hahaha sedap sangat sangat

Azie said...

Kadang kadang orang malas nak mengerjakannya yg agak leceh tu, tp ianya sedap

Malissa Ali said...

ingatkan boleh wat sup je goreng pon boleh ek