Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo


Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Kedatangan saya ke Egypt kali ini benar benar membuka selera dan citarasa saya pada makanan orang orang Egypt yang sangat sedap. Ini semua kerana Izzad yang membawa kami memcuba makanan Egypt. Kalau tidak, makanan yang pasti saya minta hanya lah nasi mandy sedangkan nasi mandy bukan makanan Egypt.

Jom ikut saya melayan layan selera melihat apa yang saya nikmati sepanjang di sana. Haaa sebelum pergi ke makanan, kita tengok dulu buah delima yang memang merah menyala ini. Patutlah batu berwarna merah dipanggil batu delima kerana warnanya sangat cantik. 

Malahan sambil makan delima ini, saya menelek nelek warnanya yang jernih cantik dan bayangkan kalau dapat sebiji batu delima berwarna seperti ini, tentu cantik. Harga sebiji delima yang besar besar ini bukan mahal sangat pun, hanya dalam lebih kurang RM2 jer kot. 

Semasa ke Cairo, saya sempat membeli air delima. Memang atur cara makan makan sangat padat sehingga tak sempat nak merasa lapar, dah tiba waktu makan lagi.

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo



Selain delima, adalah buah mangga yang juga sangat manis. Saya teringin minum air mangga setiap saat rasanya tetapi terpaksa bertahan kerana menunggukan Izzad membelinya. Ini kerana kedai yang menjual air mangga yang sedap agak berjauhan dengan rumah sewaan kami. 

Biasanya Izzad membeli 1 botol besar. Bangun dari tidur terus buka peti dan minum air mangga. Memang tak terasa seperti fruit juice pun tapi lebih pada rasa puree. Aduh saya pasti akan sentiasa merindui air mangga yang memang tidak terdapat di tempat kita. Kalau pun ada mangga pakistan yang dijual di Restoran Insaf, harganya sangat mahal mencecah belasan ringgit juga untuk sebiji. 


Semasa birthday Aiman, Mas membelikan kek keju yang sangat sedap tapi saya memang tak makan pada malam jamuan tersebut. Sehinggalah hari terakhir sebelum balik, baru saya mencubanya. Aduhaai sedaplah sangat, patutlah mereka cakap sangat sedap. Tapi masa tu, dah hampir masa nak balik, terpaksa lah memberikannya pada Mas dan kawan kawan untuk dibawa balik. Memang sedap. 



Ini pulak makanan yang saya makan pada hari pertama saya di Egypt. Sekembali dari kuliahnya Izzad singgah di rumah sewaan kami dan membawa kami makan di Restoran Gad yang berhampiran dengan bangunan MARA tempat di mana sessi photoshoot bersama keluarga akan diadakan keesokannya. Inilah first time, kami makan makanan Egypt dan sangat sedap. Hatta makan roti yang panas panas itu pun sangat menyelerakan.







Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Ini pulak nasi Lubnan yang saya makan di food court di Carrefour selepas selesai sessi bergambar di bangunan MARA. Kami ke Carrefour untuk membeli bahan bahan masakan untuk majlis hari jadi Aiman. Saya order daging bakar kebab dan nasi ini untuk hubby. Pada mulanya saya rasa macam tak suka tapi selepas menjamahnya, mulalah tak boleh berhenti. Sedaaap... mana nak cari di Malaysia nasi Lubnan ni. Serius teringat ni...

Hubby pulak tekak Malaysia, mesti nak beli juga bila ternampak mee dijual di situ. Nana beli sepinggan dan walaupun sedap, rasa macam dah tak boleh makan, lagipun di Malaysia banyak lagi masakan mee yang sedap sedap. So tak heran lah mee ni... hihihi

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo


Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Kali ini saya ingin berkongsi pula makanan yang kami sediakan untuk majlis harijadi Aiman yang banyak dibeli di Carrefour. Nana memberitahu nugget di Egypt sedap tapi saya memang tak lalu makan kerana masih jet lag. Tapi bila keesokannya saya panaskan lebihan nugget dan terdiam seketika kerana memang sedap. Tidak seperti nugget di tempat kita. Kalau nugget di sini, saya hanya suka nugget dari KFC jer.

Ayam bakar pun sama. Walaupun Nana dok memberitahu yang ianya sedap tapi bila mata dah tak boleh buka dek jet lag, cakap apa pun semua dah jadi tak sedap. Tapi keesokannya bila saya makan yang lebihan jamuan, hmm betul betul sedap. Terasa rempah yang diperap pada ayam. Memang tak pernah jumpa ayam bakar sesedap ini di tempat kita.  

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo


Sekembali dari majlis graduasi, kami menuju ke restoran untuk makan kambing bakar dengan menaiki tram dan berhenti dalam 2 stesyen. Kambing bakarnya sangat sedap, rempah perapan di daging kambing tu, memang sangat terasa. Memikirkan yang di usia begini tak boleh makan kambing berlebihan, maklumlah daging kambing ni mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi menyebabkan saya hanya makan 2 ketul sahaja.

Makanan yang dikira sebagai istimewa di sini juga ialah hati lembu yang dimakan dengan roti. Saya memang suka makan hati lembu tapi biasanya yang bergoreng. Jadi bila makan hati lembu di sana, rasa macam susah juga nak menghabiskannya. Pendek kata kalau di Malaysia kita tak suka hati lembu, memang tak boleh telan lah.

Ada juga turkey panggang yang pada saya tidak sesedap kambing bakar. Cuma makan sedikit sahaja dan rasanya biasa biasa sahaja. Tengok gambar di bawah, geram melihatkan buah buahan yang memang agak murah dibandingkan dengan tempat kita. Tram juga kelihatan dalam gambar ini. Oleh kerana semasa kami di sana adalah musim panas, bila tram berhenti memang muka kita menjadi berpeluh peluh dan sangat tidak selesa. Bila terlalu panas, kita menjadi letih dan lesu. Bila tram bergerak, baru kita rasa lebih selesa kerana angin yang bertiup masuk ke dalam tram.


Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo







Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

OK, yang ini pulak makanan yang kami makan semasa lawatan singkat ke Cairo. Semasa ke City Star Mall, kami sempat singgah makan di food court kerana Nana ingin makan ayam goreng di al Baik. Di samping ayam goreng, ini lah yang dimakan oleh kami pada malam tersebut. Saya tak makan kerana sudah kekenyangan.


Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Pagi hari kedua di Cairo, kami bersarapan di sebuah restoran yang menjual makanan yang sangat terkenal di kalangan orang Egypt yang dikenali sebagai khawaisi. Pasta dicampur dengan bawang goreng. Tapi saya memang tak suka rasanya yang agak masam sedikit kerana dimasukkan juga cuka ke dalamnya.



Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Selepas balik dari melawat Pyramid, kami telah ke restoran Hadra mout untuk makan nasi Mandy. Bila diminta lamb, dikatakan tidak ada tetapi ada sejenis daging kambing yang kami sendiri pun tak faham apa yang dimaksudkan. 

Agaknya biri biri atau kambing gurun kot, itulah cakap cakap kami sesama sendiri. Tapi rasanya tidak sesedap daging kambing, dagingnya agak kenyal. Saya tidak dapat menghabiskannya pun. Kalau sedap, pasti licin saya makan. 

Minta dibungkus dan bawa balik konon untuk dimakan di rumah tapi sesampai sahaja di Alex, terus dibuang ke dalam tong sampah. Lebih lebih lagi sampai di sana dah tengah malam, lagi tak lalu nak menelan apa apa lagi. 

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Yang ini pulak, makan malam terakhir kami di Alex iaitu makanan Syria di Restoran Syamy di Green Plaza. Sedap masakan Syria ni tapi sebab sepanjang di sana, asyik kekenyangan sahaja jadi saya hanya makan secara berkongsi dengan hubby.


Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Sekembali dari Green Plaza, singgah di kedai ayam bakar berhampiran rumah sewaan kami untuk membeli 1/2 ekor ayam bakar lagi. Konon nya untuk makan secara ratah sahaja. Memang sedap ayam dan daging bakar di sana kerana bahan rempah yang diperap memang terasa. 
Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo

Haa sedap sedapkan masakan di Egypt tapi bak kata Nana lah, kalau hari hari pun tak lalu juga nak makan benda yang sama. Itu sebab pelajar di sana banyak yang memasak sendiri di rumah dengan bahan bahan masakan yang dibawa dari Malaysia. Hmmm baru lah faham mengapa berkilo kilo halia di bawa setiap kali balik bercuti...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Jalan Jalan Cari Makan di Alexandria dan Cairo"

  1. aduhhh berpuluh kali telan air liur tgk makanan tu semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adda, memang sedap sangat sangat. Kalau lah ada restoran sebegini di Malaysia, alangkah baiknya. Daging bakar nya sangat sedap.ntk pernah jumpa sesedap ini ditempat kita.

      Padam
  2. Salam sis.restoren Gad tu mmg femes....ada juga caw dkt rumah,antara restoren pertama yg diperkenalkan oleh org Arab pd kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami juga ke Restoran Gad dekat dengan Khan El Khalili juga

      Padam
  3. HMM LAZATNYER...TERINGAT MASA DOK FLY GI DUBAI DULU..KELAT AMAT AIR DELIMA TU...TAPI YG SHIOK TU MINUM MANGOO PUREENYA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ker? Air buah delima yang saya minum hari tu, manis jer

      Padam
  4. Assalam..salam ukhuwah...mabruk atas kejayaan anak auntie...saya dil..dok di mandarah,alexandria..egypt ni mmg banyak makanan yag best..x perlu risau tentanag kehalalannya..:-)auntie...kalau teringin sangat nak rasa air mngga yang sedap macam yang dibeli di egypt ni..pesan pada anak belikan jenama juhayna dan original..rasa airbuahnya mmg pekat.dil selalu je bagi family airkotak tersebut..di egypt mmg syurga buah-buahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. salam ukhuwah. Anak kami dah pun menamatkan pengajian. Tak tahu bila lagi nak ke sana.... Betul di sana buah buahan sangat manis dan murah murah pulak

      Padam
  5. As salam...tengok gambar makanan ni semua, terliur. Sedapnyaa....:)

    BalasPadam