Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hebatnya Za'faran






Saya sungguh teruja dengan petikan "Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Za'faran, Pasti Mereka Sanggup Tukarkanya Dengan Ketulan Emas".  Maknanya sangat mendalam kerana emas adalah sesuatu yang sangat berharga dan diketahui semua orang akan ketinggian nilainya. Selain itu ianya sangat kena sendiri dengan saya yang selama ini memang tidak pernah tahu apa itu Za'faran atau dipanggil Saffron sehingga lah bila saya belajar memasak Ayam Kuzi dari sahabat saya, Ismati. Beliau telah mencadangkan saya membeli Za'faran untuk memerap ayam. Harga untuk 1 gram sangatlah mahal dan pada masa itu saya tidak tahu untuk menghargai khasiatnya. Saya tidak lagi membeli Za'faran selepas itu dek harganya yang mahal.




Terima kasih kepada anakanda saya, Dr Nana yang telah berkongsi tentang khasiat Za'faran dan juga kemajuan teknologi maklumat yang membolehkan saya mempelajari lebih mendalam berkenaan khasiat makanan sunnah ini dari segi kesihatan dan perubatan. Maklumlah bila usia meningkat, kita kena lebih lagi bermesra dengan makanan makanan sunnah yang disebut di dalam Al Quran, Hadis dan Kitab kitab.

Kenali khasiat Za'faran dengan klik di SINI. Email azieshoppe@hotmail.com  atau PM facebook Azie Kitchen untuk maklumat lanjut.....




  
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Hebatnya Za'faran "

  1. Yang ni saffron kan kak azie???mahal tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Evelyn, memang mahal kerana khasiatnya yang tinggi dan kesukaran untuk menghasilkannya di mana dalam satu bunga hanya terdapat 3 stigma sahaja yang dijadikan za'faran. Ianya pulak harus dibuat secara manual, iaitu dipetik dengan tangan.

      Padam
  2. berapa harganya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh email pada azieshoppe@hotmail.com ya

      Padam