Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 27 November 2012

Happy Anniversary....Surpriseeee





Hari ini Nana dan Juita yang mengambil saya di pejabat. Selepas pejabat, kami telah ke Gulati untuk mencari kain shiffon untuk dibuat baju kerana hari sabtu nanti Nana akan ke tailor untuk fitting baju. Selepas tamat drama bersiri Cinta Mu Milik Ku, saya terus naik ke bilik untuk mandi dan bersolat. Hajat hati ingin tidur lebih awal sedikit. Belum pun sempat merebahkan badan, Nana memanggil turun kerana Zenn datang untuk mengambil kain untuk dibuat jahitan manik. Memang selama ini Zenn yang menjahit manik manik di baju saya dan sangat berpuashati dengan hasil kerjanya. Terasa malas untuk menyalin pakaian, saya hanya mencapai tudung dan terus turun berbincang dengan Zenn. Selepas Zenn balik, saya masuk ke bilik Nana sekejap apabila dipanggil keluar.



Surpriseee.... Kejutan yang dibuat oleh anak anak apabila mereka telah membeli kek untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 25 esok iaitu 28 November. Saya yang langsung tidak menduga hanya berbaju tidur dengan langsung tidak berbedak. Alhamdulillah, saya merasa sangat terharu apabila anak anak berkongsi mengeluarkan duit poket masing masing untuk membeli kek ini. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya selama ini. Walaupun kami hidup dalam penuh kesederhanaan, tetapi penuh kasih sayang dan anak anak saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka memahami dan sanggup berkorban di masa masa susah dan tidak meminta minta. Sesungguhnya mereka anak anak yang baik. Terima kasih anak anak ku dan ingatlah Mama dan Papa sayang kalian semua dunia dan akhirat.




17 comments:

  1. Happy Anniversary dear.. tak berbedak pun masih chomey.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Azie, Selamat hari ulang tahun perkahwinan. Alhamdulillah, semoga kekal bahagia selamanya. Maaf saya ni selalu masuk menjenguk blog akak yang penuh dengan menu yang sedap2. Saya pun same negeri dgn akak. Mula2 jumpe blog akak sebab cari resepi laksam. alhamdulillah menjadi dan dapatlah makan sementara jauh dirantauan ni. terima kasih ya atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mengikuti blog saya. Mmg kalau orang Klate, mesti sukakan masakan Kelantan walaupun di mana berada.

      Delete
    2. Itu la kak azie, memang rindu sangat, tapi dah x lame nak balik, ni pun ada masa jenguk blog akak, terliur betul. time kasih ya, dpt tgk pun jadi lah, x termampu lg nk buat semua ni, brg2 kurang nak ada. insha allah, balik nanti mesti jenguk sini. sedap rambutan dan duyan tu, adeh..meleleh saya.. :)

      Delete
    3. Sis, you kat mana skrg. Boleh kita kenal kenal dlm fb. My state mate ni

      Delete
    4. selamat kak azie, saya di selatan UK saya dah cari fb akak, tapi ade yang azie kitchen, saya gune Lavender Flower - fb :)

      Delete
    5. OK. Insya Allah saya add

      Delete
  3. alahai, so sweet...tumpang terharu ngn surprise drpd anak2 akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zura, sangatbterharu dengan usaha mereka. Maklum anak anak semua masih belajar, tapi sanggup mengeluarkan duit saku masing masing demi untuk meraikan kami

      Delete
  4. Happy Anniversary, Azie! Your kids are really sweet, you and your hubby are truly blessed!

    ReplyDelete
  5. Tahniah moga bahagia smpai akhir hayat..sy pya annivesary awal 10 ari dr Azie, tpi keesokan ari bru tringat, tpi mlm sblm tu hati trgerak n buatlah jga kek coklat moist n siap buat sbekas kecik btk luv utk hb sj..tup tup mmg hadiah utk hb sempena aniversary kmi!

    ReplyDelete
  6. Tahniah moga bhagia hingga ke hjg nyawa!

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama seperti Azie. 25th wedding anniversary january 2013. Banyak dugaan dan kegembiraan. Bersyukur masih bertahan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.