Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 1 November 2012

Feningnya Menjadi E- Day Planner



hmm tak suka yang ini....

Aduh memang pening. Ini baru bersiap untuk majlis pertunangan. Dah sakit habis satu badan memikirkan bab pakaian  bukan sahaja tuan empunya diri tapi juga pakaian kami sekeluarga. Saya dan Nana pergi ke kedai Jakel di Jalan Masjid India, kemudian ke Euro Moda, kemudian ke Gulati di Kota Damansara dan akhirnya ke Jakel Shah Alam. Itu pun belum pasti apa yang berkenan di hati. Sekali mahukan chiffon dengan patch lace, sekali mahukan solstiss, hmm heavy beaded french lace pulak. Last last kami buat keputusan bahawa pemilihan kain akan dibuat selepas Nana kembali dari majlis konvokesyen pada minggu ketiga Oktober. Dah balik dari Egypt, tukar fikiran lagi. Tak mahu kain solstis french lace tapi memilih heavy beaded french lace. Akhirnya kami ke Gulati dan final...2 meter kain lace dibeli bagi menghentikan pencarian baju Nana dan boleh move on to other things. Hmm nak komplen banyak sangat pun susah bak kata hubby mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semua mahu yang mahal dan cantik, bukan murah dan cantik. Sabor jeer lah...

Selepas selesai memilih baju Nana, seterusnya pening nak memikirkan warna baju untuk kami pula. Apa yang saya suka, tidak dipersetujui oleh anak anak dengan alasan tak mau warna yang boleh menenggelamkan kakak mereka dalam majlis itu. Aduhaaai... Apa apa pun saya tak kisah kerana saya menyukai semua warna. Saya lebih mementingkan material berbanding dengan design baju dan warna. Material mestilah berkualiti tinggi dan eksklusif. Itu keutamaan saya.

Selain baju Nana dan baju kami kena pulak difikirkan berkenaan dengan veil dan kasut. Semuanya kena dihalusi satu persatu. Lepas tu, jurusolek dan photographer juga perlu dibuat perbincangan dan pemilihan. Pendek kata memang banyak lah urusannya. Saya telahpun membuat checklist berkenaan perkara yang perlu diambilkira di dalam majlis tersebut. 

Itu bab pakaian, kemudian beralih pulak bab pelamin dan gubahan hantaran. Saya mahukan fresh flower menghiasi pelamin dan gubahan hantaran. Ikutkan hati, saya mahu membuat gubahan sendiri dengan mencari sendiri bunga bunga segar dari kedai kedai bunga. Tapi anak anak merasakan sentuhan pakar lebih menarik dari apa yang mungkin terhasil oleh tangan saya. Jadi terpaksa mencari dalam blog blog dan bertanya di sana sini. Kalau duit banyak, pilih jer mana yang disukai. Tapi itu bukan cara saya kalaupun saya mempunyai duit yang banyak. Saya tetap dengan cara saya mencari yang terbaik dengan kos yang paling rendah. Saya percaya yang mereka juga perlukan bisness berpanjangan, tidak rugi sekiranya harga yang diletak berpatutan kerana ianya memberi peluang bisness di masa depan juga.

Lepas tu kena merancang pula bagaimana dekorasi kek dan makanan lain yang akan diletakkan dalam dulang hantaran, cenderahati untuk tetamu dan sebagainya. Barang barang lain saya tak perlu fikirkan kerana Nana sendiri telah menyediakannya. Memikirkan semua ini menjadikan saya sangat letih dan stress. Setiap malam saya google untuk menentukan apa kek yang ingin dibuat, saiz, berapa tingkat, macamana design kek dan apa frosting yang ingin digunakan. Aduh semua ini boleh membuatkan tekanan darah saya tinggi juga lah. Sebab apa? Sebabnya saya ingin menghasilkannya sendiri. Apa klasss ada cooking blog kalau engaggement cake untuk anak sendiri pun ditempah. Lainlah kalau majlis perkahwinan di mana kalau saya sibuk dan perlu fokus kepada perkara lain, maka adalah alasan munasabah untuk menempah kek perkahwinan.

Saya juga bercita cita untuk membuat sendiri goodies dan cenderahati untuk diberikan kepada tetamu. Majlis ini adalah majlis eksklusif tertutup untuk keluarga dan sahabat handai sahaja. Saya mahu memberikan yang terbaik dengan menyediakan sendiri pemberian kepada tetamu. Apa cendermata nya? Inilah yang menjadikan kepala pening. Saya mahukan sesuatu yang unik, mempunyai sentuhan tangan kami sendiri. Ohh yang itu kena tunggu sehingga tiba harinya.

Akhir sekali senarai tetamu, menu dan hiasan khemah. Semuanya perlu diberi perhatian dan sentuhan. Saya mahukan semua yang terbaik untuk majlis tersebut yang warna temanya telah ditetapkan. Semoga segala apa yang dirancang dapat direalisasikan. Insya Allah.....


16 comments:

  1. As salam Kak Azie .cantiknya ...... baju Nana ya.semoga nanti berjalan dengan lancar majlis tu ya.Nanti kalau nak kahwin jemputlah saya ya he....he......

    ReplyDelete
    Replies
    1. As, cantik kan kain tu. i suka sgt tp Nana tak suka. Dia beli yg lain

      Delete
  2. semoga majlis berjalan dengan lancar dan meriah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Azie.. Insyaallah saya doakan semua urusan kak di permudahkan Allah swt .. Tahniah utk Nana dan Kak sekeluarga

    ReplyDelete
  4. salam kak zie,benda nikah@ tunang ni biasalah,1st sekali list down apa yg nk di buat,selalunya tunang offwhite sahaja,parents tu jgn sedondon dgn si nana..carilah warna yg sedikit pastel spt dust grey,dusty pink,cooper color....hal hantaran gi ke pakar..bayangkan masa nikah wawa kita tutup mata beli lace di bandung sahaja...malas fikir dah...nana takan dapat buat keputusan sbenar pernah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas syor yg diberi.

      Delete
  5. KAK ZIE..HAL ENGANGE NI SEBENARNYA NANA BOLEH MEMILIH TEMA PAKAIAN YG BERASASKAN WARNA KEGEMARAN BELIAU BIARLAH LAIN DR YG LAIN JADI NAMPAK SPESIAL SIKIT DR LAIN TAU...MAKA HARI NIKAH NANTI BARULAH KE ARAH GRAND GILA2 GITULAH,BIARLAH BERMAKSI LABUH ALA JUBAH MOEDEN SESUAI DGN USIANYA SEKARANG,APA PUN MOGA DRPERMUDAHKAN SEGALA URUSANNYA..NAK CARI GOODIES GI KE NILAI..RAMAI CELEB YG BELI DI SANA ...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Zie,
    Esok bila anak2 saya dah besar dan nak nikah/kahwin, saya rasa saya pun macam Kak Zie juga..semuanya kalau boleh saya nak buat sendiri hehehe..tapi anak2 zaman sekarang punya taste tersendiri kan..kenalah kita tolak-ansur ngan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena saling bertolak ansur lah. Sebab mrk ada citarasa sendiri juga

      Delete
  7. aunty....nak pergi pertunangan anak aunty nie..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha silakan lah. Majlis kecil kecilan sahaja

      Delete
  8. Salam Azie,
    Mdh2an semuanya bjln lancar..bile tu?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.