Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Family Day At Sunway Lagoon



 


Hari ini jabatan tempat saya bekerja telah mengadakan Hari Keluarga di Sunway Lagoon. Memang meriah sangat aktiviti yang diadakan termasuk persembahan jabatan jabatan, acara sukaneka dan juga cabutan bertuah. Seperti biasalah, saya memang orang yang sangat bertuah jika nama saya naik di dalam mana mana cabutan bertuah. Sepanjang bekerja, hanya sekali saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa rice cooker. Tentunya pengalaman itu, sangat manis untuk dikenang sampai bila bila. Kalau dikira perancangan asal, saya memang tidak layak menyertai cabutan bertuah kerana hubby mempunyai urusan kerja dan akan datang agak lewat. Apa apa pun tahniah kepada semua pemenang kerana anda memang bertuah...






Pagi pagi lagi kami bersiap dan terus ke sini kerana tak mahu menghadapi masalah parking. Seperti biasa hubby lebih suka meletak kereta di tempat valet parking, namun kali ini valet parking pun penuh, terpaksa lah parking di tempat terbuka. Rasanya inilah kali pertama setelah sekian lama, family day pejabat dihadiri oleh semua anak anak kami. Maklumlah 6 tahun Nana berjauhan dengan kami sepanjang pengajian beliau di Alexandria. Kiranya hari ini adalah family day untuk keluarga saya, untuk famili di Villa Nur Qaseh juga. Tapi macam biasa lah, anak anak kami semua sudah meningkat remaja. Jadi wet world tu, bukan lagi untuk mereka. 

Sebaik sampai, saya mengambil sarapan yang disediakan iaitu pilihan antara nasi lemak dan sandwich. Manakala untuk hidangan tengahari pula, adalah KFC dan Nasi Briyani. Memang mengenyangkan dan yang penting, sedaaap.









Saya tidak mengambil bahagian dalam mana mana acara pun bagi mengelakkan masalah sakit belakang dari bertambah kronik. Saya hanya mengambil gambar kawan kawan yang menyertai acara sukaneka. Di function seperti ini, baru berkesempatan berjumpa dengan kawan kawan dari jabatan lain yang walaupun bekerja di bawah satu organisasi, namun jarang sekali bersua muka di pejabat. Lebih lebih lagi saya yang memang tidak suka keluar, termasuklah waktu makan tengahari kecuali ketika bersolat dan menghadiri mesyuarat di luar jabatan. Berpuluh tahun saya bekerja, boleh dikira dengan jari agaknya, hari saya keluar waktu makan tengahari. Hahaha.... di kalangan kawan kawan, saya ni dikatakan ala ala puteri lilin giteww... tak boleh kena panas matahari. 



















Sebaik majlis Hari Keluarga selesai, anak anak saya semua telah pergi bermain di dry park. Manakala saya dan hubby hanya menjadi penunggu beg beg sahaja. Bagi peluang untuk mereka enjoy bermain pulak, maklumlah masa masa seperti ini agak sukar lagi di masa hadapan apabila Nana memulakan housemanship pada bulan Januari nanti.





Balik dari Sunway Lagoon, kami ke Pertama Complex pula untuk menempah baju kami untuk dipakai semasa majlis pertunangan Nana nanti.  Sesampai di rumah, kami semua panik seketika selepas mendapati Asmara tiada di rumah. Selepas puas mencari dan berdoa, akhirnya hubby menemui Asmara aka Demy di dalam kitchen store. Huhuhu jangan lah buat begini lagi. Apa apa pun syukur kerana menemukan kami dengan Demy








Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Family Day At Sunway Lagoon"