Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Okt 2012

Now You Are Doctors





Pada hari yang dinantikan, saya bangun pagi pagi dan selepas solat terus ke dapur untuk bersarapan. Lebih lebih lagi kerana perut terasa lapar pula sebab saya langsung tak makan semasa majlis jamuan harijadi Aiman malam sebelumnya. Jadi pagi ini saya memanaskan nasi goreng, mee hoon goreng, nugget dan ayam bakar lebihan majlis. Aduhaai sedap nya nugget di sini. Begitu juga dengan ayam bakar yang sangat sedap. Selepas bersarapan, kami mengambil teksi untuk ke Bibliotheca Alexandria, tempat di mana majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Setelah berada di dalam dewan, baru tersedar yang kami belum membeli bunga kerana kebiasaannya banyak dijual bunga bunga untuk dihadiahkan kepada graduan. Izzad terpaksa keluar mencari bunga dengan menaiki teksi. Namun ianya berbaloi kerana Nana mendapat jambangan bunga yang besar sehingga rata rata menegur kerana bunga yang dijual di kawasan library hanya kecil kecil sahaja.








Saat yang amat membahagiakan sebagai ibu ialah apabila Nana, anak kami adalah salah seorang dari doktor yang dilahirkan bila graduan diistiharkan "Now You Are Doctors" sebelum majlis penganugerahan ijazah kedoktoran graduan perubatan di University of Alexandria dimulakan.

Dengan keputusan yang diperolehi, Nana adalah antara yang terawal menaiki pentas. Tentunya ia sesuatu yang membanggakan kami. Melihat Nana menaiki stage dengan bergaya mengambil ijazah beliau membuatkan saya merasa sangat gembira, bangga dan terharu. Saya hanya menyerahkan pada Izzad untuk mengambil gambar semasa beliau mengambil ijazahnya, manakala saya hanya merakam detik tersebut menggunakan ipad yang dibawa. Saya mahukan detik tersebut tetap segar di ingatan dan sentiasa boleh diulang ulang melihatnya.







Inilah saat untuk meraikan kejayaan dan kegembiraan buat saya, hubby dan anak anak lain yang tidak dapat menyertai kami setelah 6 tahun menunggu detik ini. Tiada kata kata untuk diucapkan lebih lebih lagi Nana adalah anak sulung dan anak pertama yang menerima ijazah. Saya pasti ibu bapa lain juga seperti saya merasa gembira melihat anak masing masing menerima ijazah mereka. Ramai ibu bapa yang mengucapkan tahniah atas kelulusan cemerlang Nana. 





  


Selesai majlis, kami bergambar beramai ramai bersama kawan kawan Nana. Saya sempat juga bertemu muka, berkenalan dan bertanya khabar dengan beberapa orang ibu bapa mereka. Nana sempat mengusik saya yang agak famous kerana mempunyai ramai peminat blog Azie Kitchen di kalangan kawan kawan dan ibu bapa.





Secara jujur, saya memang tersenyum bangga melihat Nana menggenggam sijil dengan memakai jubah graduasi. Dia kelihatan sangat menyerlah dengan ketinggiannya. Hati saya tersenyum puas kerana dia masih kelihatan bergaya dalam gown hijau yang dipakai selepas gown purple yang sepatutnya dipakai telah mengalami sedikit masalah pada saat terakhir. Hari itu, Nana akur dengan kehendak saya yang mahukan dia memakai handbag LV yang saya beli untuk dia di Paris sebagai syarat untuk mendapatkan satu lagi handbag LV sebagai hadiah graduasi. Bukan apa, tapi sebab dia terlalu menyayangi bag itu sehingga risau untuk menggunakannya di tempat yang boleh mendedahkan kepada risiko bag boleh menjadi kotor dsb.







Setelah selesai majlis graduasi, kami balik ke rumah sewaan untuk menyalin pakaian. Kami kemudiannya keluar mencari makan tengahari di kedai yang menjual kambing bakar. Kami menaiki tram dan berhenti selepas 2 station. Izzad memesan kambing bakar, roti dan hati lembu dan turkey bakar. Pendek kata bermacam macam makanan Egypt yang saya makan dan pastinya saya akan sentiasa mengingatinya. 











Balik dari kedai makan, saya mengajak ke Asfour Crystal untuk melihat lihat lampu kot kot ada yang berkenan di hati. Sampai di rumah, terus masuk tidur kerana masih jet lag, tak jadi makan beriani walaupun dah berjanji dengan parents Nad untuk ke Ya Halla. Sementara itu, Izzad ke train station untuk membeli tiket keretapi ke Cairo. Keputusan ini dibuat di saat akhir kerana sebelumnya agak berbelah bahagi samada ingin ke Cairo atau hanya menghabiskan cuti di Alexandria sahaja. Tetapi bila mengetahui yang Izzad belum lagi mengunjungi Piramid, saya membuat keputusan untuk ke Cairo keesokan harinya.








4 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.