Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Bilis Dr Nana



Nasi Goreng Ikan Bilis Dr Nana


Boleh caya ke, masak nasi goreng untuk hidangan malam. Semuanya gara gara masih kekenyangan tetapi tak pulak terlalu kenyang. Hmmm apa citer tu? Apa apa pun, Nana yang bertugas di dapur untuk memasak Nasi Goreng Ikan Bilis dengan Juita. 

Saya cuma masuk menjenguk jenguk jer melihat apa yang sedang mereka lakukan. Sebabkan nak cepat, nasi yang dimasak agak terlembik sedikit. Beras basmathi ni sebenarnya tak sedap jika dimasukkan lebih air. Biar keras sedikit, lagi sedap macam ala ala nasi mandy berderai nasinya.


Tapi bukan memuji lah, sedap pulak nasi goreng yang dimasaknya tu, lebih lebih lagi kalau nasinya tidak terlembik. Saya rasa belum pernah lagi saya membuat Nasi Goreng Ikan Bilis seperti ini. Jadi saya tuliskan resepi di sini untuk rujukan anak anak yang lain di masa akan datang.


Nasi Goreng Ikan Bilis Dr Nana

Nasi Goreng Ikan Bilis 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
4 pot beras - masak nasi
4 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
10 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
4 batang kacang panjang - hiris halus
2 biji telur
Garam
Serbuk perasa secukup Rasa

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dikisar. Masukkan cili kisar agak agak pedas yang disukai. Goreng sehingga cili betul betul garing.

Masukkan ikan bilis dan goreng lagi. Masukkan kacang panjang dan dikacau 
lagi. Kemudian masukkan nasi dan digaul rata. Ketepikan sedikit nasi, tuangkan telur dan digaul rata rata supaya bergaul dengan nasi.

Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Jika suka boleh ditaburkan bawang goreng.

Makan dengan keropok atau pun keropok lekor.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Bilis Dr Nana"

  1. Kdg2 klu tak tau nk makan apa maka nasi goreng adalah pilihan yg tepat.kdg2 klu ada lebihan lauk goreng/ isi ikan gulai pun boleh digunakan menggantikan ikan bilis atau campur bersama2 dgn ikan bilis sekali..mmg sedap, mengenyangkan janji jgn gunakan byk minyak semasa menyediakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya tak pernah membuatnya sendiri spt ini. Our ex maid dulu selalu goreng nasi menggunakan ikan bilis atau ikan goreng.

      Padam
  2. nasi goreng ni mmg menu adda yg selalu ada kt umah..hihiih...bukan malas..nk jimat masa...hihiih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul, dg nasi goreng tak perlu buat lauk pauk lagi. Dah cukup sedap

      Padam