Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

4 Okt 2012

Moist Chocolate Cake Lagi Dan Lagi






Balik dari pejabat, sudah tercium bau yang harum semerbak dari dapur. Waah anak anak dara saya membakar kek coklat rupanya. Masih menggunakan resepi kek coklat yang sangat sedap dan sangat moist. Dah banyak kali saya membuatnya. Boleh klik di SINI. Untuk resepi Chocolate Fudge Icing pula, Nana dan Juita menggunakan resepi di SINI. Sebenarnya resepi kek yang digunakan di allrecipes sama jer dengan resepi yang saya gunakan, cuma terdapat sedikit perbezaan sukatan bahan sahaja. Lihat di bahagian nota di bawah, untuk melihatnya. Mana tahu kot kot di lain kali, tak cukup bahan, bolehlah diubahsuai sedikit.










Ramai pembaca di allrecipes yang suka resepi ini hingga ada yang memberi 10 star lagi. Resepi ini memang tidak mengecewakan dan sangat moist sehingga rasa sangat bersalah setiap kali memasukkannya ke dalam mulut. Aduhaai soo rich. Selepas 2 hari, kek menjadi bertambah moist dan fudge juga menjadi berkilat cantik. Sedap sangat, rugi sesiapa yang tak mencubanya.

Kali ini Nana dan Juita membakar menggunakan loyang 9" pada suhu 150C selama 1 jam dan 50 minit. Biasanya saya menggunakan loyang persegi 10x10" dan dibakar hanya selama 1 jam sahaja. Jom tengok resepi di bawah.... 






Best Moist Chocolate Cake Ever

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kaster
3/4 cawan serbuk koko Hershey's 
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil 
1 1/2 sudu kecil vanilla extract 
1 cawan air mendidih (boleh ganti 1 cawan air coffee/nescafe) 


Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu lebih kurang 150 C untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9" x 13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Kami guna loyang bulat 9". Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Nota:
Resepi dari all recipes menggunakan:
 
3 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil vanilla extract
1/2 cawan vegetable oil

Bakar pada suhu 175C menggunakan loyang bulat 9" selama 30-35 minit sahaja.


Chocolate Fudge Icing
1 cawan gula 
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu 
1/4 cawan butter
1 sk vanilla extract

Satukan semua bahan di dalam kuali dan panaskan sehingga mendidih dan biar selama 1 minit. Angkat.

Menggunakan elektric mixer, putar selama 3 minit atau sehingga mencapai kepekatan yang sesuai untuk dituang ke atas kek yang telah benar benar disejukkan.







13 ulasan:

  1. sana sini orang ngekekkk...
    meh tuko2 kek ngan mas..he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengekek gara gara nak menghabiskan buttermilk. Jom kita tukar resepi. Saya pun nak cari resepi kek coklat yg sedap dan moist tetapi menggunakan bahan yg lebih simple.

      Padam
  2. Salam sejahtera Azie

    Hari ni memang nak buat kek ni , anak nak balik ostel, rupa2nya Azie dah mendahului.
    Sedapkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, nnt nak mengintai kek kat dapur mama ju pulak

      Padam
  3. Emmm, mengekek ..anak dok mintak kek coklat..saya buat derk jer...tapi boleh lah try resepi ni lak...Koko van houten boleh guna tak kalau tak ada Hershey Kak Zie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi ni mmg menghasilkan kek coklat yg sedap. Boleh jer guna apa apa serbuk koko, cuma klau guna serbuk koko berkualiti tinggi, rasanya akan menjadi lebih sedap.

      Padam
  4. teruja tgk kek coco ka zie..syg..anak nikee tak sukan coco sangat..nikee membuat kek/brownies bila tiba majlis tertentu shj kak..mungkin lps ni nikee gunakan resepi tuk membuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di rumah kami pun, tak ramai yg suka. Terpaksa tunggu majlis tertentu, baru boleh buat

      Padam
  5. Assalam.. sedapnya kek coklat ni nampak mmg moist.. bila2 boleh try ni.. anak2 pasti suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini ramai yang telah mencuba resepi ini worldwide berpuashati. Cubalah sendiri dan famili pasti suka

      Padam
  6. slm kak Azie...sedapnye tgk kek coklat tu...ade lg x...bg sikit nk rasa...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, malam ni kita poskan dlm mimpi ya. Hahha rasa cam lama betul tk berbicara dg QH.

      Padam
  7. Salam kak.....cmne nk tkrkn serbuk koko kpd coklt masakan...sbb nk hbskn stok coklat mskn yg byk d dpur ni.,hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.