Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

19 Okt 2012

Meraikan Hari Jadi Aiman Di Alexandria



 



Setelah selesai sesi pre graduation photoshoot, kami balik ke rumah sewaan untuk bersalin pakaian dan terus mengambil teksi untuk ke Carrefour membeli bahan bahan untuk dimasak petangnya. Di sana kami makan di food court. Saya memesan kebab, manakala hubby pula memesan nasi lubnan dan mee chinese style. 






 
Nana dan kawan kawan bercadang untuk meraikan harijadi Aiman, jadi sementara dah memasak, kami menjemput sekali ibubapa mereka. Nana dan Izzad turut sama menolong saya di dapur dan ternyata Izzad agak cekap juga di dapur. Selepas Aida dan Mas tiba, giliran mereka pula untuk menggoreng nugget dan kentang goreng. Nugget di Alex sangat sedap. Alhamdulillah, siap juga nasi goreng cina, mee hoon goreng, nugget dan kentang goreng untuk hidangan tetamu. Selain dari itu, Izzad membeli juga 2 ekor ayam bakar berempah yang sangat sedap.








Antara yang hadir ialah ibubapa Nad, Bob, Liza dan Azreen. Alhamdulillah gembira melihat ramai yang datang kerana bila sesama Malaysia berjumpa di perantauan, suasana memang sangat mesra dan meriah.

 






6 ulasan:

  1. salam sejahtera
    berbahagialah dapat berukwah dgn teman2 di perantauan.sempat buat majlis lagi.
    Nasi lubnan ke tu? byk betul dg dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama ju, mmg seronok bila bertemu sesama kita di perantauan.

      Padam
  2. Assalamualaikum. I seringkali juga melawat blog Kak Azie ni namun sekadar membaca sahaja. Seronook tengok hasil air tangan Kak Azie. Terpanggil untuk meninggalkan catatan di sini bila terlihat my cousin, Aida Nabila dalam posting ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Qalbi. Salam kenal. Ohh cousin Aida ya. Kami mmg kenal rapat dg abah Aida

      Padam
  3. bekas aluminiam teringat pengalaman menunaikan haji di Mekah..bilalah di Malaysia nk menggunakan bekas mcm tu, sy juga dh seronok tgk blog Azie dh satu kemsetian setiap hari..nk raya Haji ni apa cadangan Azie utk juadah Hari Raya nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasida, tengok samada balik Kelantan atau tidak. Kalau di Kelantan, mestilah lauk pauk berasaskan daging iaitu gulai kerutuk, daging goreng, tulang singgang dsb.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.