Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat


Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat
  
Esok saya bercuti untuk balik kampung sempena Hari Raya Aidil Adha. Esok juga, Insya Allah saya dan Nana akan berpuasa sunat hari Arafah dan puasa sunat hari khamis yang memberikan ganjaran pahala yang sangat besar iaitu dihapuskan dosa selama 2 tahun yang lalu. 

Jom kita sama sama berpuasa esok hari. Saya ingin kongsikan catatan perjalanan kami ke Cairo baru baru ini sempena pemergian kami ke Egypt untuk menghadiri majlis graduasi Nana. Jom layaannn...

Setelah membuat keputusan untuk ke Cairo, Izzad terus ke train station untuk mendapatkan tiket di awal pagi supaya boleh sampai tengahari di Cairo. Namun tiket yang ada hanyalah pukul 12 tengahari, jadi mengambilkira perjalanan selama 3 jam, kami hanya akan sampai di Cairo pada pukul 5 petang. 

Jadi pagi sebelum berangkat, kami ke Alexandria University untuk menemankan Nana memulangkan jubah dan mengambil passport. Selepas menghantar jubah, baru terlihat kawan kawannya masih berposing dengan jubah di kawasan universiti, saya mencadangkan supaya mengambil semula jubah untuk diambil gambar di kawasan universiti sebagai kenangan tempat di mana mereka mengikuti kuliah selama 6 tahun. 

Selepas berposing di situ, kami segera mengambil teksi untuk ke train station. Suspen juga melihatkan jalan yang sangat jam, sedangkan jam di tangan menunjukkan hanya 40 minit lagi jadual ketibaan train. Sesampai di train station terjumpa lagi dengan Nad dan keluarganya yang kebetulan mengambil train yang sama untuk ke Cairo. Cuma gerabak sahaja yang berbeza. Train ini boleh dikatakan agak selesa dengan tempat duduk yang agak besar.


Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat


Sesampai di Cairo, kelihatan terlalu ramai sangat orang di sana sini  menyebabkan kami menunggu teksi yang agak lama kerana pemandunya agak memilih dan mereka tidak mahu ke destinasi yang kami mahu tuju. Lebih lebih lagi teksi yang baru. 

Hmm terpaksa lah menaiki teksi uzur dari train station ke hotel. Perjalanan menuju ke hotel juga memakan masa yang lama dek kesesakan lalu lintas. Hubby hanya google di dalam internet untuk mencari hotel yang berdekatan dengan bandar bagi memudahkan kami bergerak secara sendiri. Hotel ini mengandungi 2 bilik dengan 4 katil tetapi mempunyai hanya 1 bilik air. 


Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat


Walaupun pada mulanya kami bercadang untuk bergerak sendiri dengan teksi dan mengambil tour service untuk ke Piramid, namun akhirnya kami mengubah fikiran selepas mendapati menyewa kereta dengan pemandu lebih menjimatkan. 

Saya telah mengambil khidmat pemandu yang telah dicadangkan oleh sahabat blogger saya iaitu Mamasya. Ambro, pemandu yang boleh berbahasa Inggeris ini telah memudahkan kami berkomunikasi dengan beliau. Malam pertama di Cairo, kami telah ke Khan El Khalili. 

Sebelum mencari souvineer, kami makan di Restoran Gad. Nana memesan Negriesco yang diperbuat dari pasta dan dicampurkan daging dan cheese. Saya hanya memesan shawarma yang selama ini saya panggil kebab kalau di Malaysia dan juga kebab yang merupakan daging yang dibakar. Dimakan dengan roti Arab yang lagi lama lagi rasa kesedapannya pada tekak saya.


Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat


Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat

Selepas puas meninjau ninjau kedai kedai yang menjual pelbagai souvineer di sana, kami menuju pula ke City Star Shopping Mall mencari baju untuk Aween dan Juita. Sebelum balik, kami makan di food court kerana Nana ingin membeli ayam goreng di Al Baik. Balik hotel, saya bersolat dan terus tidur kerana sepanjang di Egypt, inilah malam pertama saya tidur mengikut jam waktu Egypt.

Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat

Esok pagi kami akan berangkat ke Piramid pula, tempat yang mesti dilawati jika berkunjung ke Cairo. Maklumlah ianya adalah salah satu dari 7 keajaiban dunia yang memang mengagumkan. Tunggukan entri lawatan kami kali kedua ke Piramid di entri akan datang......


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Cairo: Lawatan Singkat Yang Sangat Padat"


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan tanah untuk boleh iklan sedikit, semoga maksud saya yang baik ini juga menjadi amal ibadah untuk Tuan hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam