Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 29 October 2012

Bye Bye Alexandria



 



Jika semasa kedatangan Nana ke Alexandria 6 tahun yang lalu, kami tidak menghantarnya kerana semuanya diaturkan oleh pihak MARA tapi kepulangannyanya kali ini berjemput. Walaupun pihak MARA juga ada menyediakan tiket penerbangan balik. Ini adalah kerana saya dan hubby menghadiri majlis konvokesyen Nana. Jika tidak begitu pun, kami pasti menjemputnya pulang kerana sepanjang 6 tahun berada di sini, baru sekali kami ke sini dan itupun hanya untuk tempoh yang amat singkat. Bak kata Nana, ibubapa kawan kawannya setiap tahun akan ke mari dan dalam tempoh yang lama pula.







Pada hari akhir di Alexandria, saya dan hubby telah meronda ronda tempat yang bernama Mansyiah, di mana banyak terdapat kedai kedai menjual fabrik. Setelah membeli beberapa pasang kain cotton dan chiffon, kami menaiki teksi menuju ke Green Plaza untuk makan makanan Syria di Restoran Syamy. Izzad terus ke sana selepas kuliahnya. Kiranya ini adalah makan malam terakhir di Alexandria sebelum balik ke Malaysia.









Selepas makan malam, kami mengambil teksi dan sebelum balik ke rumah sewaan, kami berhenti membeli ayam bakar untuk makan secara ratah supaya tidak teringat ingat lagi sekembali dari sana. Lagi pulak, kami belum pasti jika Nana akan kembali lagi ke Alex untuk menjalani housemanship beliau. Opsyen yang ada ialah samada Nana menjalaninya di Alexandria atau di Dubai atau di Malaysia. Semuanya sedang diusahakan. Sedih bila melihat Nana mengemas barang barangnya dan meninggalkan setengahnya kepada kawan kawan. Itu pun, banyak juga barang yang telah di bawa balik sebelum ini dan sebahagiannya dihantar melalui kargo.
















Saya dapat merasakan Nana amat kesedihan untuk meninggalkan Alexandria, meninggalkan rakan rakan serumah seperti Mas dan Aiman, meninggalkan Aida dan mungkin lebih lebih lagi Izzad. Ini kerana saya sendiri merasa sangat sedih bila melihat mereka berdiri melambaikan tangan ke arah kami yang menuju ke tempat check in di lapangan terbang Borg El Arab Airport, Alexandria. Malahan sehari sebelumnya, saya sudah mula merasa kesedihan. Bayangkan, itu hanya baru seminggu di sana bersama sama mereka, apalagi jika bertahun tahun.











Apa apa pun, lawatan ke Alexandria kali ini amat bermakna dan pastinya Alexandria ditinggalkan dengan seribu kenangan manis yang mungkin menggamit saya ke sini lagi jika Nana menjalani housemanshipnya di sini sebelum ke Ireland. Hmmm itulah perancangannya buat masa sekarang. Semoga segalanya dipermudahkan seperti yang dirancang. Bye Bye Alexandria...

 




6 comments:

  1. Terasa sedih membaca tulisan Azie...terasa berada dlm situasi yg di alami, tak mengapa, berpisah hidup insyaallah akan ketemu lag tetapi berpisah mati mmg tak akan ketemu lagi smpai bila2 kecuali akhirat nnti...to Nana best of luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasida, mmg sgt menyedihkan. Masih terasa saat saat akhir bersama mereka di Alexandria.

      Delete
  2. Assalamualaikum...:)Tahniah Azie

    ReplyDelete
  3. Seronok sggh diblog Azie..tumpang gembira ats kejayaan ank Azie, Dr Nana..Tahniah sekali lagi to u n hubby as parents, especially to Dr Nana mdh2an terus mnjd ank yg solehah...ameen..:)..Fhm akn keadaan Azie ketika tu krn prnh mengalami perasaan yg sama ketika ank akak belajar jurusan Usuluddin diMesir 1 ketika dulu..Tengok gmbr2 yg ada diblog Azie terkenang kenang tmpt2 yg tlh dilawati..bnyk sgt x habis pegi semua...:)InsyaAllah ada rzki blh pegi lagi..take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan di sana pun sedap sedap kan. Insya Allah, ada rezeki boleh ke sana lagi

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.