Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 28 September 2012

Suntingan Bunga Di Laman Villa Nur Qaseh





Majlis kecil kecilan ini memang satu majlis bersejarah dalam hidup Nana, saya dan anak anak yang lain. Walaupun ianya dibuat sebegitu ringkas namun ianya adalah pengalaman pertama bagi kami. Seperti kata Nana dulu, "Mama kenalah belajar kerana kakak ni anak sulung". Hmmm memanglah sejak berkahwin, saya dan suami sangat independent dalam mengendalikan urusan keluarga terutama dalam penjagaan anak anak. Semua dibuat sendiri, maklumlah semua adik beradik saya jauh di Kelantan. Mereka semua turun ke sini secara serentak hanyalah sewaktu saya dan hubby berangkat ke tanah suci. Itulah saat yang sangat membahagiakan saya. Bukan mudah untuk mereka semua  turun ke KL untuk saya. Semasa balik dari Mekah, hanya kakak dan bonda saya sahaja yang datang.

Berbalik kepada majlis keluarga kali ini, saya amat gembira dan pada masa yang sama sedih kerana memikirkan Nana yang akan melalui fasa baru dalam kehidupan. Ya lah saat itu pasti akan tiba bila anak anak akan memulakan hidup sendiri seperti mana yang telah saya lalui dulu. Gembira kerana akan menerima ahli keluarga baru yang baik akhlak dan budi bahasa serta dari keluarga yang baik baik dan mementingkan pendidikan ugama. Itu yang paling penting. Majlis ini hanya melibatkan ahli keluarga terdekat dan dipanjangkan kepada 2 keluarga sahabat baik kami iaitu Tuan Haji Kamarudin dan Dato' Salehuddin serta jiran kami. Mereka bertindak sebagai jurucakap bagi pihak kami. Mereka sudah seperti adik beradik sendiri pada kami yang sentiasa menyokong di saat suka dan duka.
  







Oleh kerana saya tak berapa sihat untuk menyediakan sendiri makanan untuk majlis ini, hubby telah menempah dari katering. Jadi memandangkan kami mengambil juga khemah, hubby menjemput sekali CEO, management staff dan agen agen untuk datang selepas majlis keluarga selesai. Sebenarnya ramai yang bertanya samada saya ada membuat majlis rumah terbuka, namun saya tidak dapat mengadakannya pada tahun ni dek kesibukan tugas di pejabat, masalah kesihatan dan juga kerana akan berangkat ke Egypt untuk urusan konvokesyen Nana tidak lama lagi. Memang jamuan hari ini tidak dirancang langsung melainkan untuk majlis Nana sahaja.



Di majlis itu, saya menempah dari katering dan hanya memasak pencuci mulut sahaja seperti Puding Triffle dan Puding Karamel. 2 biji kek coklat dan Red Velvet Cupcake juga disediakan di samping 1 bekas buah buahan. 

Jom layan gambar gambar yang disediakan. Mula mula kita tengok The Moist Ever Chocolate Cake yang sangat sedap sehingga ada tetamu yang memikirkan saya membelinya dari Secret Recipe. Klik di SINI untuk melihat resepi dan cara cara penyediaannya. 2 biji kek disediakan di mana 1 kek dibuat sebagai hantaran.






Sebagai pencuci mulut, saya juga menyediakan Puding Karamel menggunakan resepi yang dikongsi oleh Maziah yang sangat mabeles. Ramai tetamu yang memuji keenakan puding karamel yang sangat manis berlemak dengan air gula yang pahit pahit manis. Klik di SINI untuk melihat resepinya...





Selain Kek Coklat, kami juga menyediakan Kek Red Velvet, cuma ianya dibuat dalam bentuk cupcake bagi dijadikan hantaran. Memang puashati dengan kejadian RV cupcake ini yang sangat moist dan secukup rasa sahaja kemanisannya. Klik di SINI untuk melihat resepi yang saya gunakan. Asalnya saya bercadang untuk menghiasnya dengan fondant icing tetapi Nana memberitahu yang RV lebih ngam jika diganding dengan cheese cream frosting.







Lagi lagi pencuci mulut, kali ini Puding Trifle. Saya membuat puding ini kerana saya mempunyai stok kek pound yang sesuai dijadikan base bagi puding trifle ini. Klik di SINI untuk resepi. Puding Trifle sedap dimakan sewaktu masih sejuk, nyaman jer dimakan sambil bersantai.





Akhir sekali, satu bakul buah buahan segar digubah ringkas. Oleh kerana semuanya disediakan pada saat akhir, hiasan untuk bakul buah buahan tidak dapat disempurnakan bila apa yang dicari tidak dijumpai. Dengan bantuan Dr Hamidah dan Datin Nursinah, siap juga gubahan buah buahan ini seadanya.






Saya sangat gembira kerana anakanda sulung kami yang bukan sahaja tamat pengajian perubatan dan bakal bergelar doktor tetapi juga telah disunting oleh keluarga yang baik baik.



Syukur kerana semuanya berjalan lancar dan kami perlu membuat persediaan untuk majlis seterusnya yang pasti tidak bolehlah lagi dibuat pada saat terakhir. 

19 comments:

  1. Tahniah Nana...slmt bertunang!
    semua dessert yg disediakan amat menarik dan nampak sedapp.....

    ReplyDelete
  2. tahniah kak azie..bakal dpt menantu! geram tgk semua manisan yg k.azie wat tuh esp kek cekelat tuh..perghh!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Nana dan buat Azie sekeluarga juga

    Semuanya nampak menarik dan menyelerakan..
    rajin sungguh Azie walaupun tidak sihat

    tahniah sekali lagi buat Azie dan keluarga

    ReplyDelete
  4. Azie, congrats! This is a defining moment for you and your daughter. May she find everlasting happiness in this union. Love your cakes and desserts!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Azie... Comey nana, kek tu sungguh menggoda :D..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah buat Nana dan ibunya my dear Azie.. Tentu tiada kata kegembiraan yang lebih baik dapat diperkatakan dari hati seorang ibu kan.. Saya tumpang gembira Azie. Makanan dari hasil air tangan seorang ibu untuk hari istimewa anak tercinta pun sungguh terbaik. Pasti terasa kepuasannya kan Azie bila kita dapat mengusahakannya sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sahabatku. Memang puas bila dapat melakukannya sendiri. Tapi keupayaan tak ada. Jadi buat setakat yang terdaya sahaja.

      Delete
  7. Syukur alhamdulillah, Tahniah buat Nana si cantik manis juga buat Azie sekeluarga...kegembiraan berlipat ganda di buatnya....Yatie pun tumpang gembira....mcmanalah Yatie boleh terlepas n3 yg amat bermakna ni....mungkin kesibukkan masa raya aritu agaknya..btw tahniah sekali lagi, moga keluarga Azie sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sis kerana sudi meluangkan masa untuk menulis di sini dan mengucapkan tahniah pada kami. Sungguh terharu. Skrg tgh sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan pula.

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    salam kenal Azie...suka saya baca kesah keluarga Azie...pertama kali ke sini kerana mencari info berkaitan Hanoi...tahniah kerana bakal menerima menantu tak lama lagi...teruskan menulis ye...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal buat kkida juga. Saya mmg pengikut setia blog kkida. Terima kasih atas sokongan dan galakan

      Delete
  9. Assalamualaikum Azie, saya baru terpandanng entry ni, agaknya hari tu lama bercuti, blog saya pun saya jarang jenguk. Ingin ucapkan tahnia kepada Azie atas majlis pertunangan anak dara tu....x lama lagi bz pulak dgn majlis kahwin yea...begitulah kita meniti kehidupan semakin anak membesar, semakin byk yang memerlukan perhatian... Majlis simple tapi penuh adat, cantik sekali kediaman Azie...suka saya tengok...alhamdulillah semuanya selamat yea... ^__^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.