Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

19 Sep 2012

Puding Trifle Lagi







Sempena majlis keluarga di rumah kami pada hari Isnin lalu yang juga jatuh pada hari cuti sempena Hari Malaysia, saya sediakan 2 jenis pencuci mulut. Selain Puding Karamel di SINI, saya juga membuat Puding Trifle. Saya telah dibantu oleh Kak Long dengan Nelly dalam menyiapkan puding ini yang disediakan dari sebelah malamnya lagi. Pagi keesokannya tinggal di buat kastard dan whipping cream sahaja.




Saya masih menggunakan resepi yang sama di SINI. Resepi ini saya ambil dari video omputih. Memang mudah resepi ini dan pada saya, ianya sangat sedap terutama bila dimakan sejuk sejuk. Jom saya nak tayangkan gambar gambar penyediaan Puding Trifle kali ini. Jika mahu melihat resepi, boleh klik di link di atas.

Mula mula kita potong kek secara dadu. Kemudian tuangkan sedikit air dari buah buahan campuran ke atas kek tadi sebelum dituangkan dengan jeli merah. Kemudian disusun buah buah koktel sebelum dituang baki jeli selebihnya sehingga menenggelami buah buah koktel tadi.   




Ulang proses di atas untuk lapisan kedua dari kek sehingga kepada lapisan jeli dan biarkan sehingga jeli set di dalam peti sejuk.





Tuangkan kastard di atas jeli sehingga agak agak sedikit mengeras sebelum diletakkan whipping cream.  



Setelah kastad agak mengeras, bolehlah dituangkan whipping cream. Ratakan permukaan untuk dihias seterusnya.


Hias dengan menyusun jelli berwarna merah dan hijau secara berselang seli di sekeliling dan dihiaskan dengan buah strawberry segar di tengah tengahnya.




Sedia untuk dihidang sejuk sejuk. Senduk ke dalam mangkuk kecil.....



Enjoy....

14 ulasan:

  1. wow meriah n mewah...dh tentu sedap sgt ni...nyum2

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, feedback dari tetamu, semuanya menyatakan sedap. Alhamdulillah

      Padam
  2. Kak Azie, sedapnya and berwarna warni. Saya mesti cuba ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naz, cuba jangan tak cuba. Mudah dan sedap

      Padam
  3. Balasan
    1. Asyifa, nak tahu macam mana sedap nyer, kenalah cuba sendiri. Berbaloi baloi

      Padam
  4. nampak sungguh sedap n curlass dear.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shiela, dapat sambutan hangat lah hari tu.

      Padam
  5. Balasan
    1. Silakan Mitzy. Mudah dan rasa pun sgt sedap

      Padam
  6. Salam,

    blh sy tahu akak guna whipped cream jenama ape ? nampak smooth je.sy sllu confuse bile nk bli whipped cream, mcm2 jenis kt pasaraya.pastu nk tgk label halal pulak,so far sy tak jmpe local brand.

    p/s : suka follow blog akak. resepi sgt bantu sy yg tak pandai masak ni. sgt mudah & sedap! :-)

    terima kasih :-)
    Aqilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam. Yang ni guna non dairy whipping cream. Bukan whipping cream yg utk masakan ya tapi utk topping. Yg ni lupa brandnya. Ada vivo. Cari di kedai bakeri, jgn pasaraya.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.