Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

1 Sep 2012

Lagi Lagi Gambar Perkahwinan Ustaz Don dan Husna



Hmm memang tak jemu membelek gambar gambar perkahwinan Ustaz Don dan Husna yang ringkas, sederhana tetapi punya keunikan tersendiri. Di bawah ini, beberapa keping lagi  gambar perkahwinan mereka yang saya pilih untuk dimuatkan dalam entri saya hari ini.

Jom layan....












Ini pula ada lah tulisan yang saya copy dari facebook Nadia Photography untuk sama-sama cuba contohi di majlis kita akan datang tentang majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna:

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


2 ulasan:

  1. Slam sejahtera,
    Moga dapat diikuti.
    Semalam kak ke KUIS, hehe tgk dewan tpt majlis Ust Don!
    Boleh kak copy ayat2 cinta dr Nadia tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Ohh besar tak dewannya? Patut pergi hari ni.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.