Iklan Nuffnang

23 Sep 2012

Kuih Tako








Sebaik balik dari window shopping dengan Nana di Jalan TAR petang semalam, saya terus ke dapur menyediakan Kuih Tako. Sudah beberapa hari menyimpan resepi dan bahan bahan pun semua sudah tersedia. Satu adunan dapat lah 8 bekas Kuih Tako yang diisi di dalam bekas dadih. Kalau nak banyak, kenalah gandakan.




Resepi ini saya ambil dari blog Qasey Honey. Pada mulanya saya nak membuat Kuih Tepung Pelita yang memang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Tapi bila memikirkan resepinya yang agak keliru, saya menangguhkan dulu hasrat itu sehingga bertemu dengan resepi yang betul betul menyamai tepung pelita yang saya makan di mana  bahagian bawah sekali terdapat air gula, lapisan hijau dan atas sekali lapisan putih.

Laa resepi kuih tako tapi dok bercerita pasal tepung pelita pulak. Saya mula mengenali Kuih Tako ni setelah dok menonton drama bersiri yang amat menyedihkan di TV3 satu masa dulu iaitu Seputih Qaseh Ramadhan lakonan Eja. Sehingga sekarang, saya menjadi sebak bila mengingati jalan cerita itu. Dari situlah, teringin nak memakan Kuih Tako.




Kuih Tako
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Bawah:
25 gm tepung hoen kwe hijau @ 3 sudu besar
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (saya guna buah pear)

Lapisan Atas:
25 gm tepung hoen kwe putih  
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air 
Secubit garam 


Cara cara:
Susun kotak pandan atas tray. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi. Saya gunakan bekas plastik sahaja.

Satukan semua bahan lapisan bawah dalam kuali dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ia meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi. Ketepikan.

Kemudian buat pula lapisan atas. Satukan semua lapisan atas dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup-letup kecil, tu terus tutup api.

Pastikan lapisan bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya ia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.

Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!





12 comments:

laskar pelangi said...

yummy.best dimakan sejuk2 ni kak..lain eh kuih ni dengan kuih tepung pelita...?

Marsita yahya said...

Salam Azie , sedapnya tako tu...saya dah kenduri tako dah minggu lepas. Stop dulu buat tako nanti jemu lak. Tepung pelita yang Azie sebut tu yang tradisi lah tu...guna tepung gandum rasanya...saya pun akan cuba cari kalau jumpa saya bagitahu Azie gak.

Azie said...

LP, memang lain. Biasanya kuih tako diletak dalam bekas yang dibuat dari daun pandan, manakala tepung pelita pula, dibuat dari daun pisang. Bawah tepung pelita, ada air gula sebelum lapisan hijau

Azie said...

Mar, nnt kongsi resepi tepung pelita ya. Saya memang suka tu. hubby mesti beli kalau di bulan puasa sebab anak anak pun semua suka tepung pelita. Banyak resepi tepung pelita yang dah dimodenkan. Saya mencari resepi tradisional, cuma akan guna bekas plastik untuk kukus kerana tiada bekalan daun pisang.

Bicara Kak Noor said...

salam Azie..
rajinnya buat tako akak belim pernah buat sedangkan ada daun pisang kat umah mungkin sbb tkde permintaan dari anak2 kot,biasalah kalau anak2 minta mmg laju je buat kan

Azie said...

Kak Noor, bila guna bekas plastik ni, semua kerja jadi mudah. Itu yg jadi rajin sikit dari biasa

Chah said...

tepung pelita n kuih tako..dua2 my feberet..dapnya!

Azie said...

Chah, I pulak lebih suka tepung pelita, tekak Kelantan sikit

Marsita yahya said...

Salam Kak Zie,mungkin ini resepi yang Kak Zie cari tu...
tgk link ni ya..http://cendanakasih.blogspot.com/2012/09/limas.html
Tapi ini pun lain dari yang betul2 tradisi. yang betul2 tradisi letak sesudu gula, tuang lapisan bawah, kukus, lepas tu baru tuang lapisan atas & kukus lagi.

Azie said...

Betul spt apa yg ditulis

Lin Azlina said...

ngah cari resepi ni nk buat kueh tako

syishi^_^ said...

salam. resepi ni dpt dlm berapa jumpah belas plastik tu ye?