Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Sep 2012

Kacang Panjang Goreng Sempoi






Saya memang suka menyediakan kacang goreng sebagai hidangan sayuran terutama jika tiada sayuran lain di dalam peti ais. Pertama sebab ianya sangat mudah dan sempoi, kedua kerana saya memang suka makan kacang panjang. Maklumlah sejak kecil kacang panjang lah sayuran di rumah kami kerana my parent memang menanam sendiri kacang panjang untuk hidangan di rumah kami. Biasanya kacang panjang akan dimasak lemak putih dengan cili hijau. Dimasukkan ke dalamnya isi ikan rebus yang ditumbuk dengan bawang merah dan sedikit garam. Hmm sedaaap tau. 

Kalau dimasak nasi goreng pun, saya suka memotong kacang panjang berbanding dengan sayuran lain. Pendek kata, kacang panjang akan menjadi kegemaran saya sampai bila bila pun.



Kacang Panjang Goreng
Oleh: Azie Kitchen

1 ikat kacang panjang - potong
1 batang karot - hiris (tak letak)
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit udang
Sos tiram
Cili merah - hiris
Serbuk perasa

Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dihiris sehingga wangi. Masukkan udang dan goreng seketika.

Masukkan kacang panjang dan sos tiram. Goreng sehingga kacang agak lembut. Masukkan cili merah hiris dan serbuk perasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.





6 ulasan:

  1. salam kak zie...sedap nampak tapi jarang...goreng kacang panjang sebab tak brp digemari famili saya..lagipun saya pantang makan kacang panjang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mar, saya pun pantang tapi pantang nampak. cuma saya tak suka kacang buncis

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul, biar rangup sedikit baru sedap dikunyah

      Padam
  3. masakan yg simple macam ni mesti sedap Azie, akak mmg suka kacang panjang apa lagi campur udang heee ratah pun sodap ja kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Noor, lagi simple lagi sedap, cuma masukkan sos tiram dan serbuk perasa jer.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.