Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 15 August 2012

Udang Kunyit Dengan Sayuran Untuk Sahur




Kali ini kami bersahur dengan nasi putih dan Udang Goreng Kunyit dengan Sayuran. Maklumlah lagi lama, lagi dah tak berselera lagi nak makan sahur. Tapi saya gagahkan juga untuk menyediakan juadah sahur yang serba ringkas kerana sahur juga adalah satu ibadah sunnah Rasulullah yang mendapat pahala dari Allah. Sedap sekali sebab udang yang segar digunakan. Hubby beli udang ni di Pasar Taman Tun Dr Ismail yang memang terkenal glamer kerana dikatakan siapa yang pakai evening gown dengan high heel pun boleh datang ke pasar ini.

Semasa tazkirah tadi, ada disebut berkenaan dengan sifat sabar dan istiqamah terutama amal ibadah selepas berlalunya bulan Ramadhan. Sabar adalah sifat yang bukan mudah untuk dipupuk tapi dengan banyak memohon pada Allah, ianya akan diperolehi juga. Setiap kali ditimpa musibah, kita kena terus bersabar dan mengingati Allah dengan membaca Innalillaahi wainna ilaihirojiuun. Di samping itu, diceritakan juga bagaimana cara Nabi Muhamad SAW ingin memupuk istiqamah di kalangan umatnya dengan mempelbagaikan ibadah mengikut kemampuan. Sebagai contoh, jika Nabi membaca surah yang panjang dalam solat, baginda akan duduk bersila terlebih dahulu dan beberapa ayat sebelum tamat, barulah baginda berdiri. Seperti yang diceritakan oleh Aishah, jangan ditanya betapa cantiknya bacaan dan betapa panjangnya surah yang dibaca baginda. Baginda mengajar pelbagai cara supaya kita beristiqamah, supaya tidak ada rasa bosan dalam melakukan ibadah.



Akhir sekali ustaz juga menyentuh mengenai adat yang perlu dibuang dalam menyambut hari raya. Contohnya takbir raya patut dengan lebih bersemangat kerana meraikan kemenangan umat Islam bukan dengan mendayu dayu kesedihan bak lagu raya yang bersedih semacam jer tu. Begitu juga dengan adat bermaafan di kalangan masyarakat kita yang mesti dalam suasana sedih pilu dan tangis. Sepatutnya bermaafan dengan keadaan dan suasana gembira. Tapi percaya lah, bukan mudah untuk kita membuang adat sebegini, pasti ada yang menghalang dan memandang serong. Tapi jika bukan kita yang menegakkan sunnah Rasulullah, siapa lagi?

Jom layan jer apa yang saya campak campak ke dalam lauk ringkas ini.... 




Udang Goreng Kunyit Dengan Sayuran

Udang
Bunga kubis
Karot
Kacang panjang
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Serbuk kunyit

Udang dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.

Kemudian masukkan karot dan bunga kubis sebelum dimasukkan udang. Kacau rata rata sehingga udang agak masak.

Akhir sekali masukkan kcang panjang dan cili merah. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.



2 comments:

  1. salam sejahtera aZIE

    Glamournya udang Taman Tun tu.
    Bestkan pasar bersih tak delah bau busuk menyusuk ke hidung!
    Tadi ada komen kat bawah tu, di mana silap tak keluar pulak. Raya buat rumah terbuka ke? hehe jgn lupa jemput mama! mama nak posing jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama Ju, betul lah memang glamer udang TTDI ni. Harga pun utk harga evening gown juga. tapi puashati sebab beli sotong, penuh bertelur, sedap sekali dibuat ketupat.

      Tak pasti lagi kalau ada buat open house sebab lepas raya banyak programnya di samping anak exam PMR, juga ada anak yang akan konvo. Tak perlu ada open house utk datang beraya kan?

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.