Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 31 August 2012

Sotong Masak Kicap Pedas






Hmmm jangan tak tahu, minggu ni minggu masak kicap. Sebabnya nak mudah, keduanya kekonon tak berselera makan lauk pauk berlemak di musim perayaan. Hahaha betul ke gitu atau memang malas nak memasak yang susah susah. Kan masak kicap ni mudah.



Masa balik dari kedai runcit beli ayam untuk dibuat rendang yang mahu dimakan dengan lemang, tengok hubby beli sekali 6 ekor sotong. Laaa apa nak buat ni? Baru beberapa hari lepas buat Sambal Tumis Sotong dan semalam pulak buat Ketupat Sotong. Jadi terus dapat idea untuk Masak Kicap Pedas Sotong pulak. Baru lengkap sebab baru ni dah buat ikan, ayam dan kali ini sotong. Lain kali buat pulak daging dan telur. Alahaaai senangnya hidup...

Jom tengok resepi dulu .... 




Sotong Masak Kicap Pedas

Bahan bahan:
6 ekor sotong  - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/hijau - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat
Kulit kayu manis dan buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, susu pekat, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit sahaja air kerana sotong akan mengeluarkan air yang banyak.

Setelah mendidih,  bawang besar dan cili hiris.  Akhir sekali masukkan sotong. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.






9 comments:

  1. Salam sejahtera Azie

    Salam hari kemerdekaan Azie!
    hehe saya , emak semuanya suka masak kicap- dulu kami tak masukkan cili kisar, skrg mesti masuk , nak bg rasa umph!
    hari ni ke mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Kemerdekaan Utk Mama ju juga. Hari ni dok kat rumah jer sebab tak berapa sihat sikit

      Delete
  2. Aduh Kak, sy terlebih letak air trus jd kuah sup hahgaha 1st trial to husband xtau nk kata hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memasak ni tk ada istilah salah dan silap. Kalau terlebih kuah, anggaplah memang utk dibuat kuah. Hahahaha tak gitu

      Delete
  3. untuk apa yer nak guna susu pekat? akak x sebut tentang susu pekat dalam masakan pun. bila nak masuk susu pekat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh maaf. Ini adalah saya tambah kemudian berdasarkan feedback yg diberi oleh seorang sahabat blogger saya. Boleh dimasukkan di akhir bersama dengan kicap semua tu. ianya untuk membuatkan rasa lemak manis. Rasa gula berbeza dg rasa susu pekat

      Delete
  4. salam kak azie. saya nak tanya bahan bahan yang akak tulis kat atas tu ada tertera susu pekat. masa bila yer nak masukkan susu pekat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dimasukkan selepas masukkan kicap semua tu.

      Delete
  5. Tq tuk resepi...br nk masak ni...alter2 skit xpe kan...hehehe..cili kisar xde..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.