Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

17 Ogo 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri





Sempena kedatangan Syawal dalam beberapa hari lagi, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan kawan yang berugama Islam. Setelah sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan kini tiba lah hari untuk menyambut dan meraikan kemenangan. Kemenangan melawan nafsu, bukan sahaja melawan nafsu makan dan minum tapi juga nafsu lain juga. Sesungguhnya dengan berakhirnya Ramadhan, kita akan kembali semula kepada fitrah kita yang asal. Iblis dan syaitan akan bergembira kerana rantai akan dibuka dan ahli kubur akan menangis semula.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah maintenance iaitu istiqamah dengan terus melakukan segala ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan di dalam bulan Syawal bermula dengan puasa selama 6 hari dalam bulan Syawal, membaca al Quran, bertaddarus dan bertadabbur, puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, solat di malam hari, bersedekah, perbanyakkan menghadiri majlis ilmu dan apa apa sahaja yang diajar oleh baginda Rasulullah.

Menyambut syawal dimulakan dengan bertakbir mulai dari malam raya sehingga menjelang solat sunat raya, mandi sunat, memakai pakaian baru yang cantik, makan sedikit sebelum berjalan kaki ke masjid untuk bersolat sunat hari raya. Bawa semua ahli keluarga ke masjid termasuk perempuan yang di dalam uzur juga untuk menyaksikan solat hari raya. Keluar ke tempat solat dari jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Bermaaf maafan sambil mengucapkan ucapan tahniah dengan kegembiraan pada hari raya dengan memberi ucapan yang baik seperti "Semoga Allah menerima amalan dari kami dan anda semua" atau "Selamat hari raya yang diberkati" dll.

Semoga kita menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dari ibadah puasa dan solat terawih yang telah kita lakukan selama sebulan di bulan Ramadhan. Semoga semua dosa kita diampuni dan dibebaskan dari api neraka. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sifat Ar Rahman adalah Pemurah untuk semua makhluk di muka bumi ini tanpa mengira nilai manakala Ar Rahim ialah kasih sayang Allah hanya khas untuk orang orang yang beriman.


Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Azie Kitchen dan Villa Nur Qaseh buat semua, terutama untuk anakanda yang dikasihi, Nana Ain yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1433H di Ireland.


22 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Kak Zie..Maaf Zahir Batin ye..mesti Kak Zie rindu ngan anak Kak Zie..Tabahkan hati ye Kak Zie n take care..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umi, terima kasih dan Selamat Hari Raya buat Umi dan keluarga

      Padam
  2. selamat hari raya maaf zahir batin ye wat k.azie sekeluarga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya buat Ina dan famili juga

      Padam
  3. Azie, Selamat Hari Raya to you and your family. You have a lovely family and hope you guys have a wonderful time together with family and friends!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much, my dear friend

      Padam
  4. Selamat hari raya Azie... maaf zahir batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya buat Amie dan kelaurga

      Padam
  5. Selamat hari raya maaf zahir dan batin Azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya pada Norzie dan famili

      Padam
  6. Selamat Hari Raya maaf zahir & batin Azie sekeluarga :D...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga untuk D5 dan keluarga

      Padam
  7. Assalamualaikum :D
    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

    Terima kasih.
    Sayang Anda Semua
    Muaaahhh...Muaaahhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya dari kami utk Lin dan keluarga juga

      Padam
  8. Salam Aidilfitri Azie sekeluarga dan Maaf zahir batin.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari kami untuk Shiela dan famili juga

      Padam
  9. Salam AidilFitri dari Colchester utk Azie n family. Dah byk juadah yg ditry dr blog Azie ni. Tq so much for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Menyambut Aidil Fitri utk DuRa. Saya gembira kerana sekurang kurangnya blog Azie ada memberi manafaat pada kawan kawan semua. My daughter tahun ni beraya di Dublin. Pertama kali tak dapat beraya bersama.

      Padam
    2. So raya tak lengkap la this year...Anak ambil jurusan perubatan ya? berapa lama lg di Dublin?

      Padam
    3. DuRa, raya tahun ni tak cukup quorum. Dia di Dublin hanya selama 3 minggu utk attachment program.

      Padam
  10. Salam Aidilfitri buat Kak Azie sekeluarga.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya buat Nur dan keluarga juga

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.