Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sedap Nyeeer Rendang dan Lemang


Sedap Nyeeer Rendang

Aduh ingat hari minggu macam ni nak lah berehat sebab semalam sudah seharian memasak. Saya minta hubby cari breakfast di gerai Kelantan. Setengah jam kemudian, dia menelefon memberitahu dia beli lemang dan mahukan saya memasak rendang ayam lagi. 

Saya pun menyenaraikan bahan bahan yang perlu dibeli termasuklah kelapa parut. Ini kerana cadangnya nak buat rendang ayam yang kering yang sedap untuk dicicah dengan lemang. Resepi macam mertua saya sediakan pada setiap kali hari raya. Tapi bila hubby balik jer, saya dah kehampaan kerana kelapa parut tak ada. 

Alahaai rendang basah lagi lah nampaknya. Tapi kali ini saya masukkan 2 sudu besar kerisik dan masak kasi agak kering sedikit supaya nampak berserabut kuah rendang tu.




Sedap Nyeeer RendangSedap Nyeeer Rendang

Lemang pulak masih panas panas dan secukup jer masak dan lemaknya. Maklumlah bukan senang nak beli lemang ni. Lainlah kalau beli dan minta dibelah di situ juga buat stail macam beli durian. Beli lemang ni selalu nya macam nasib. Lain kalau dibuat sendiri, pasti kita tahu berapa banyak santan yang digunakan dan berapa besar api yang digunakan untuk membakar lemang itu. 

Lemang adalah kegemaran anak lelaki saya, Boy. Zaman dulu saya tak faham sangat cara nak menyimpan lemang. Kalau tak habis, terbuang gitu jer. Sekarang ni barulah tahu menyimpan dalam freezer dan dipanaskan bila mahu dimakan. Maklumlah lemang ni bukan ada sepanjang masa. 

Jom tengok rendang saya yang sedap dan lemang yang lembut ni untuk breakfast kami di hari minggu. Alaa raya raya ni jangan lah mengata. Biasalah kalau sedap, kita katalah sedap. Tanya hubby sedap tak rendang sebab mendengar dia bertanya Boy kalau lemang tu sedap atau tidak. Jawabnya, lemang sedap susah nak dicari, kalau rendang pastilah sedap sebab dimasak sendiri. Alahaaai kembang hidung jap... Kalau nak tengok resepi, klik jer di SINI.


Sedap Nyeeer Rendang


Sedap Nyeeer Rendang


Sedap Nyeeer Rendang


Sedap Nyeeer Rendang

Inilah bahagian lemang yang menjadi kesukaan saya. Bila hubby  membelah lemang, pasti bahagian kepala yang lemak bersantan ini akan dipotong dan disimpan untuk saya.... sedap dan klasss   



Sedap Nyeeer Rendang

Selamat menjamu selera....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Sedap Nyeeer Rendang dan Lemang"

  1. Azie, that was delicious. You mean, there is rendang basah and rendang kering? Usually it is kering, right? I have so much to learn and I love Malay food a lot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, to me the above rendang is still consider wet. To make it drier, normally we put 1-2 cups of grated coconut yg digoreng without cooking oil til it becomes keperangan. So akan ada serdak macam sambal kelapa sedikit. I love this of type of rendang if wanna eat with lemang. But if want to eat with rice, let it be a little bit wets to be served as gravy. Boleh gaul gaul dengan nasi. Kalau rendang daging pulak, I suka yg dimasak lama lama sampai kering dan berwarna gelap like rendang tok in Perak

      Padam
  2. Memang sedap la..lapar pulak tengok lemang tu...yg lauk tu pun mengancam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sempena hari raya, kita makan lemang dg rendang sebagai breakfast

      Padam
  3. meh try lemang semerbak mydon.. cukup garam dan yang pasti cukup santannya... hhihiih

    BalasPadam
  4. nak tnye kat kelantan ni mana nak dpt eh cri restoran yg jual rendang tok?

    BalasPadam