Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

24 Ogo 2012

Sambal Udang Dengan Petai




Ini adalah entri yang lama tertangguh. Ianya disediakan semasa dalam bulan Ramadhan yang lalu. Semasa ke Pasar Taman Tun hari Ahad minggu terakhir Ramadhan, hubby telah membeli udang yang agak segar. Sebelum balik, saya meninjau ninjau kedai kedai yang menjual sayuran dan ternampaklah pulak petai. Saya tahu petai adalah ulam kegemaran Juita, jadi saya pun meminta isi petai yang telah dikupas dalam RM5. Hajat hati nak memasaknya di lain kali kerana hari itu, saya akan memasak Masak Lemak Cili Api Ketam. Tapi Juita menyebut kalau saya dapat memasak Udang dengan petai. Untuk tidak menghampakan dia, saya pun masakkan juga separuh dari udang. Bulan bulan puasa ni tak elok makan petai banyak banyak. Nanti mulut berbau masa nak bersolat terawih pulak. Walaupun bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari kasturi di sisi Allah tapi kita kena jaga juga hubungan sesama manusia. Ada yang bertanya siapa yang mendapatnya, orang yang mulut berbau atau orang yang mencium bau? Tapi apa jawapan ustazah hari itu ya? Lara pulak sekejap sehingga terlupa apa yang dijawab...

Resepi sambal tumis ni memang tak perlu nak fikir fikir kerana tangan dengan secara automatik mengambil itu dan ini, bahan itu dan bahan ini yang diperlukan. Dah serasi dan sebati lah katakan. Ada orang letak belacan tapi di rumah ini tak boleh diletak belacan kerana semuanya sensitif dengan belacan. Jom layan resepi... 


Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
1 asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
Garam
Gula

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk. Kemudian masukkan cili giling. Tumis sehingga cili benar benar masak.

Masukkan sedikit gula dan dikacau lagi. Masukkan sedikit air dan petai. Apabila petai agak lembut, masukkan udang dan dikacau rata sehingga udang masak.

Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dari dapur. 


 

3 ulasan:

  1. Salam, menu besok sambal tumis ikan bilis petai.

    BalasPadam
  2. Salam, besok nak buat sambal tumis petai ikan bilis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sedap tu. saya suka sangat sambal ikan bilis. Kalau dilebihkan gula, lagi sedap. Lagi uummp

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.