Iklan Nuffnang

Radiglow

29 Aug 2012

Sambal Tumis Sotong Dengan Petai



Ini adalah lauk yang dimasak pada hari raya ke5. Semasa saya dan Nelly ke kedai runcit untuk membeli ayam bagi dibuat rendang, ternampak sotong yang besar dan sangat sangat fresh. Terus saya mengambil 2 ekor sotong kerana teringat yang dalam peti ais masih ada baki petai yang saya beli dari pasar TTDI baru baru ini. Lagi pulak, Juita suka makan petai yang dimasak dengan sambal tumis samada sotong, udang atau ikan bilis.  

Kali ini saya tidak sendirian di dapur, sebaliknya dibantu oleh Nelly dan Aween kerana mahu memasak dengan cepat kerana saya berpuasa. Lagi pulak, budak budak tu dah kelaparan kerana tak makan nasi lagi hari ini. Sebaik sahaja semuanya masak, mereka meminta untuk makan dahulu. Seronok tengok mereka makan dengan berselera begitu. Malahan Aween makan mengulang ulang sehingga ke malam. Selain, dari sambal sotong, saya juga menyediakan Rendang Ayam Mertua di SINI dan sayur kacang panjang goreng dengan telur serta telur masin sebagai hidangan berbuka puasa. Boy sempat bertanya kenapa mama tak buat ketupat sotong apabila melihatkan sambal sotong. Hmmm maknanya hubby kenalah cari sotong segar di Pasar TTDI lagi kerana Boy tidak suka meminta minta tapi bila dia bertanya tu, maknanya dia suka lah kalau dapat dibuat ketupat sotong.

Jom tengok resepi dulu....




Sambal Tumis Sotong Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor sotong saiz besar - hiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
Cili kisar secukupnya - ikut pedas disukai
Petai - buang kulit dan belah
1 asam keping
Gula
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang dikisar dan cili kisar sehingga ianya benar benar garing.

Masukkan petai dan gula. Kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.

Akhir sekali masukkan asam dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Saya tak memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.


Selamat menjamu selera....

4 comments:

Amie said...

Meleleh liurku... adeeeehhh enaknya sambal tumis sotong, ada pula petainya!

Azie said...

Hahaha makan dengan nasi lemak, sedap ni Amie

Mamasya said...

Salam sis. sambal sotong dg petai..sedapnya...dah lama tak masak gini...

Azie said...

Sedap makan dg nasi panas panas