Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Rebus Baby Bayam


Masak Rebus Baby Bayam


Saya dapat idea untuk memasak Bayam Rebus ini selepas mendengar sahabat yang baru saya kenali di saloon, kak Fauziah bercerita berkenaan kesedapan bayam rebus. Sangat teruja mendengar dia bercerita keenakan memakan kuah rebus bayam bersama dengan oat. Cara dia bercerita membuatkan saya meneguk menelan air liur.... 


Masak Rebus Baby Bayam

Saya terus menghantar bbm pada hubby supaya membeli baby bayam untuk dibuat Bayam Rebus sebagai hidangan semasa berbuka petang nanti. Kalau biasanya, saya akan menggunakan sayur sawi untuk dimasak Tumis Air dengan cara menumis dulu bawang putih dan bawang merah tapi yang ini lainnya sebab ianya di rebus. 

Ini lah kali pertama saya membeli baby bayam dan kali pertama memakannya. Memang sedap sangat lah baby bayam ni. Masih ada baki, saya makan semasa sahur. Masih sedap walaupun selepas dipanaskan dan saya siap menghirup kuahnya. Hmm nak tiru macam Kak Fauziah cakap lah ... wallaaa sedap nyer.

Jom layan resepi...

Masak Rebus Baby Bayam


Baby Bayam Rebus 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Baby bayam
Ikan bilis - tumbuk 
Bawang merah - hiris
Garam
Kiub knorr (tak letak pun)
Ubi keledek - jika suka
Cili merah

Rebus air dengan ikan bilis dan bawang hiris dengan api perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan bayam.

Akhir sekali, masukkan garam dan kiub knorr.

Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Masak Rebus Baby Bayam
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Masak Rebus Baby Bayam "

  1. Baby bayam memang sedap Azie, beginilah hidangan wajib bersahur ayahanda mentua Amie...Encik Suami pun suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, itulah first time tengok rupanya baby bayam. sedap sangat

      Padam