Iklan Nuffnang

Radiglow

Iklan

Iklan Kalogen

25 Aug 2012

Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak





Semalam saya membuat Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak untuk hidangan makan malam dan berbuka puasa. Udang nya sangat segar yang hubby beli di Pasar TTDI. Anak anak komplen kenapa letak peria kerana katanya tak sedap sebab peria tu pahit. Hahaha usahkan peria yang pahit, kalau letak kacang yang manis pun mereka tak suka juga makan sayur. Hmmm sabor jer ler.

Sedap sangat masak lemak bila menggunakan santan yang cukup, menjadikan ianya cukup kemanisan santan dan udang itu sendiri. Jadi bila digandingkan dengan peria yang pahit pahit tu, sedap jer pada tekak saya yang sedang berpuasa ni. Saya memang suka buat masak lemak cili padi ni kerana mudah sangat menyediakannya dan cepat sahaja disiapkan. Kalau memasak makanan laut, tak perlu dimasukkan asam keping, cukup hanya garam sahaja.

Jom tengok resepi mudah ni.... 




Masak Lemak Udang Dengan Peria Katak

Bahan bahan:
Udang
Peria - hiris nipis
Santan secukupnya
6 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara cara:
Blend cili padi dan kunyit dengan santai. Masakkan bahan kisar di dalam periuk dengan api perlahan sambil dikacau. 

Bila hampir mendidih, masukkan peria yang dihiris nipis dan diikuti dengan udang. Masukkan sedikit garam.

Bila mendidih, sesuaikan rasa dan tutup api sebelum santan pecah minyak.






2 comments:

Acik Erna said...

AssAlAm azie.sElamat hari raya.
Anak acik pun sama.payau pahit tekak katanya.Acik mAkan udang dan kuah je.perianya suami soorang yang makan

Azie said...

Acik, I pun baru belajar makan peria katak yang pahit ni. Kekonon nak perbanyakkan makan sayur dan ulam.