Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 27 August 2012

Lagi Gambar Di Majlis Perkahwinan Ustaz Don dan Husna





Belum puas menatap gambar gambar perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry yang berlangsung pada 25 Ogos 2012 di rumah pengantin perempuan di Taman Jelita, Balik Pulau, Pulau Pinang? Jadi kita tayangkan lagi gambar gambar kedua pasangan secocok ini. Majlis yang dihadiri hampir 3000 orang tetamu ini agak meriah dan punya klas tersendiri. Ustaz Don segak berbaju melayu dengan bersongkok hitam yang sekali pandang kelihatan seperti iras penyanyi rock, Amy Search.





Pasangan yang sama cantik dan sama padan ini adalah antara pasangan yang memiliki keistimewaan tersendiri yang pastinya menjadi idola dan ikon para remaja. Ustaz Don adalah ustaz popular dengan rancangan 30 minit Ustaz Don di TV Al Hijrah, adalah seorang Al-Hafiz, manakala Husna yang tinggi lampai, berhidung mancung adalah pelajar dalam bidang Perubatan di Cairo. Kedua duanya adalah pasangan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. 




Gambar gambar diambil dari Nadia Photography. Jom kita layan dulu...






Memang tak jemu menatap gambar kedua dua pengantin baru yang sama cantik sama padan dan sekali pandang punya wajah seiras. Ustaz Don memberitahu bahawa alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.







Buah tangan untuk tetamu yang dibuat dengan begitu cantik. Buah pala yang dimasukkan di dalam bekas kaca serta gula gula dan coklat diletakkan di dalam bag kecil.





Sama sama kita nantikan majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki yang akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan KUIS di mana Ustaz Don adalah tenaga pengajar di Kolej Islam Selangor.



5 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru :) - tq sharing citer ustaz don ni akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi, saya mmg meminati Ustaz Don. Saya suka cara dia mengacara rancangan malahan cara dia berceramah di mana mana majlis yang sangat bersahaja. Husna pula cantik, majlis perkahwinan mereka tiada tarikan dari segi pakaian, pelamin dan sebagainya tetapi kecantikan kedua mempelai sendiri yang menjadi tarikan utama

      Delete
  2. suka tgk pic diorang nih...romantik gk ustaz don ni..kihkih...comel2 jer diorg nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda, pakaian depa biasa jer. Tapi mereka tu sendiri yang cantik. Itu yg suka tengok

      Delete
  3. Kepada semua blogger kat luar... contohilah post nie... walaupun simple.
    . tapi berisi...

    Here is my weblog: Tips Untuk Isteri

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.