Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 28 August 2012

Hi Tea Raya Bersama Jiran jiran





Petang hari minggu, jiran kami Dato Abu dan Datin Ros menjemput jiran jiran terdekat untuk sessi minum teh sempena menyambut raya. Mereka memang suka menganjurkan sessi ramah mesra bersama sama jiran yang dapat merapatkan lagi hubungan antara kami. Malahan sebelum berpindah masuk lagi, saya sering menyertai majlis begini.

Seperti biasa, kami orang yang terawal akan sampai kerana my hubby memang cukup tinggi disiplin berkenaan kehadiran ke majlis majlis. Sementara orang lain datang, kami posing posing lah dulu. Tambahan pula, dah lama tak bersua muka.



Walaupun kenyang, saya menjamah juga Mee Kari yang dimasak sendiri oleh Datin Ros. Hmmm memang sedap dengan rencah dan bahan bahan yang banyak. 





Bila tiba jiran jiran yang lain, suasana menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa dan lawak serta usik mengusik antara satu sama lain. Lepas makan, sesi berposing lah pulak sebagai kenang kenangan.




Kami semua bersurai sebelum menjelang maghrib.


2 comments:

  1. lapar saya nengok mee kari tu Azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm rasanya pun secantik rupa...

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.