Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Ogo 2012

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna



Aduh kalau dulu minat Ustaz Don Daniyal tapi lepas ni Husna pun akan masuk senarai antara wanita wanita yang diminati dan dikagumi juga lah. Cantik sungguh Husna atau nama penuhnya Husna Zahry Rafie di hari perkahwinannya. Memang beliau seorang yang mempunyai kecantikan  semulajadi, beauty with brain gitu. Pandai Ustaz Don memilih wanita sebagai isteri, punya pakej yang lengkap semuanya. Cari pulak orang sama negeri, senang untuk balik beraya, senang untuk memahami adat dan budaya setempat.

Ustaz Don Daniyal, 28 tahun dan Husna, 24 tahun dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita, Kuala Sungai Pinang pada 23 Ogos dan diikuti dengan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan pada 25 Ogos dengan dihadiri hampir 3000 tetamu. Menurut Ustaz Don, beliau berharap agar perkahwinannya melengkapkan imannya dan keenam enam rukunnya.

Hari ini saya nak abadikan gambar gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don, ustaz popular yang mencetuskan fenomena di kalangan anak anak muda. Banyak cara untuk berdakwah dan cara yang digunakan oleh Ustaz Don yang santai lebih sesuai untuk golongan anak anak muda termasuk lah orang orang dewasa yang ingin belajar semula dari basic.

Tahniah dan kami sendiri terasa kegembiraan dan kebahagiaan pasangan pengantin dan keluarga masing masing dalam menerima orang baru di dalam keluarga. Kalau zaman dulu, orang bersedih kerana seolah kehilangan anak bila mereka berkahwin tapi yang sebenarnya patut gembira kerana mendapat anak yang baru dalam keluarga iaitu menantu. Pasangan secocok dan serasi. 

Gambar gambar dari Artmosphere Photography yang kini mula popular dan dikenali ramai kerana merupakan jurugambar rasmi majlis perkahwinan yang anggun ini. 




Tahniah dari kami semua. Semoga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.



2 ulasan:

  1. Salam sejahtera

    hehe baru komen kat bawah , dah ada yg baru, hehe Ust Don lagi. Kak pun nak abadikan gamabr ni. cantiklah Husna ni / hehe Azie pun apa kurang cantiknya. suka kak tgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh Mama Ju, kita dah tua dah tak layak dipanggil cantik. Suka sangat tengok Husna yang punya wajah yang cantik, ketinggian yang cukup, berpelajaran tinggi pulak tu. Boleh dirasakan kegembiraan mereka sekeluarga sekarang kan?

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.