Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Ogo 2012

Cupcake Oreo Dengan Whipped Cream Frosting





Cupcake ini dibuat oleh Juita sewaktu kami ke masjid menunaikan solat terawih. Sebaik balik, cupcake sudah tersedia dan siap dihias cantik. Anak anak zaman sekarang memang menggemari kuih kuih moden seperti ini walaupun di bulan puasa. Kalau cupcake biasa, mungkin mereka tak suka tapi sebab dimasukkan biskut Oreo menjadikan kek sebegini menjadi satu trend di kalangan anak anak.

 


Jom layan resepinya dulu...




Cupcake Oreo Dengan Whipped Cream
Menghasilkan: 24 biji

Bahan bahan:
Bahan Cupcakes:
24 biskut oreo – patahkan dg bahagian berkrim
2 ¼ cawan tepung gandum
1 sk baking powder
½ sk garam
8 sb unsalted butter – suhu bilik
1 2/3 cawan gula
3 telur gred A – suhu bilik
2 sk vanilla extract
1 cawan susu
20 biskut oreo – dicincang kasar

Bahan Frosting:
250 ml sweetened whipping cream
Biskut Oreo serbuk
24 biskut Oreo – dibelah dua

Cara cara:
Panaskan oven pada 180C. Letakkan cawan cupcake di dalam muffin tray dan letakkan biskut Oreo yang dibelah dua dengan bahagian berkrim di permukaan atas.

Di dalam mangkuk, satukan semua bahan bahan kering. Menggunakan ,stand mixer, pukul butter dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga dinaikkan sehingga mendapat adunan yang ringan dan gebu.

Masukkan telur putih satu persatu di dalam satu masa dengan terus dipukul. Kemudian masukkan vanilla extract. Kemudian perlahankan kelajuan, masukkan separuh dari bahan bahan kering diikuti dengan susu. Putar sehingga adunan sebati sebelum dimasukkan bahan kering yang selebihnya.

Masukkan biskut oreo yang dicincang kasar. Dengan menggunakan ice cream scoop, masukkan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar sehingga lidi yang dimasukkan bersih dalam lebih kurang 23 minit. Sejukkan di dalam tray dalam 5 minit sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Whipping cream mestilah sejuk untuk mendapatkan hasil yang baik. Menggunakan whisk, putar cream dengan kelajuan perlahan sehingga gebu sebelum dinaikkan ke kelajuan tinggi sehingga membentuk stiff peaks. Frost pada cupcake dan taburkan dengan serbuk biskut oreo dan biskut Oreo yang telah dipatahkan.



Selamat mencuba....

3 ulasan:

  1. Ermmmm nampak sedap nyerrr :D.... Selamat hari raya maaf zahir batin tuk Azie sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya juga untuk D5. Semoga Aidil Fitri kali ini memberi lebih kebahagiaan kepada kita semua

      Padam
  2. guna putih telur shj ke? kuning telur xpayah msukkan?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.