Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

2 Jul 2012

Sambal Tumis Sotong Kering Kecil





Semasa menghadiri kursus di Langkawi, ada juga diletakkan berjenis jenis makanan laut kering seperti udang kering, ikan kering, sotong kering dsb di lobby bagi sesiapa yang ingin membeli dan membuat pesanan. Senang kerana tak payah pergi ke pasar untuk mencari makanan laut untuk dibawa balik. Lagipun jadual sangat padat untuk tujuan itu. Saya beli 2 pek sotong kering bersaiz kecil selain ikan bilis selepas diberitahu yang ianya sedap sekali dibuat sambal tumis oleh pekerja resort.

Dalam memikirkan lauk pauk untuk makan tengahari untuk Farhan dan As, saya teringatkan sotong ini. Ya lah, mana lengkap hidangan tengahari kalau sekadar lauk Gulai Kepala Ikan Kerisi jer di SINI, mesti ada lauk lain yang jenis kering dan sayuran. Bila dah confirm jer nak masak sambal tumis, saya mula menyediakan bahan bahannya. Sambal tumis adalah antara lauk yang sangat sangat biasa di rumah kami. Bahan bahannya dan cara penyediaannya memang dah ada dalam kepala. Tak perlu fikir pun, macam orang memandulah, tak payah tengok pun, mereka tahu sendiri apa yang nak dibuat, nak tekan brek ke,  nak tukar gear ke, nak belok dsb.

Tapi saya nak kongsikan juga resepi sambal tumis yang saya sediakan tadi untuk rujukan anak anak saya di masa hadapan... Jom ikut saya layan resepi...



Sambal Tumis Sotong Kering Kecil

Sotong kering kecil
3 sudu cili kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Gula
Garam (rasa dulu sebab sotong masin)
1 asam keping

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar sehingga garing dan cili betul betul masak. Guna api perlahan jer.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu bagi menjadikan warna sambal kita merah cantik berkilat. Masukkan sedikit air atau air asam jawa jika tak mahu menggunakan asam keping.

Masukkan sotong dan masak sehingga sesuai kepekatannya. Rasakan sambal supaya ianya secukup rasa. Jika belum masin, barulah masukkan garam. Jika suka taburkan bawang besar hiris, boleh masukkan sekarang.




Angkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas. Memang sedap.




18 ulasan:

  1. sedap ni dimakan dengan nasi panas-panas..mesti tambah nasi punya


    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, saya pun first time makan sotong kering bersaiz kecil ini.

      Padam
  2. wahhhh sedapnya sambal tue..kecurr pulak tgk..:) my fav nie sis:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila, memang sedap. Ia tak liat seperti sotong kering yg biasa tu. tak perlu rendam lama lama pun

      Padam
  3. Sedapnya...saya tak pernah mkn sotong kring kecil. Kena celur dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Ju, this is also my first time. Tak payah celur, basuh dan terus masak. Sedap sebab lembut jer.

      Padam
  4. Assalamualaikum Azie...terima kasih sudi singgah dan follow blog mieza..mieza follow juga..salam kenal dari mieza juga..
    Azie..sambal sotong azie ni nampak sedap sekali..kalau makan dengan nasi lemak sedap ni azie..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama Mieza. Sambal sotong memang ngam sangat kalau dimakan dengan nasi lemak. Sambal tu kena sedang sedang, tak terlalu pekat atau cair. Menyesal juga tak beli banyak banyak hari tu

      Padam
  5. Asslm kak Azie...sedapnye...menu kita sama...sotong, cuma FnF buat tomyam dan separuh lagi buat goreng kunyit aje... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, satu geng ya. I suka juga goreng garam kunyit. Seafood sedap dimasak simple supaya tak hilang rasa manis seafood yg sebenar

      Padam
  6. asslm kak Azie...wah nmpk sedap tu kak...mkn dgn nsi lemak pon sedap ni...perghhh tliur lak jadinye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm QH. Rasanya lama QH menghilang. Betul tu, sambal tumis sotong gandingan serasi utk nasi lemak. Macam sehati berdansa ya

      Padam
  7. baru makan sotong kecik ni last month mummy masak..sbb adik beli kat sabah..masin amat..mtb kena rendam lama sikit kot...dapat..pandai kak zie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, betul lah masin sikit. Kena rendam lama lama. Tapi anak saudara yg makan hari tu kata sedap dan masin ok jer

      Padam
  8. Azie.. saya pun suka sangat sotong ni.. mmg sedap sangat.. klu ratah mmg layannn.. sampai susah nak benti. psst psstt.. gambar semakin cantek dear.. perfect lighting.. mantoppp.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheila, terima kasih. Nnt ajar kita sikit sikit cara ambik gambar yg cantik ya. Gambar ni diambil tengahari, agaknya tunyang lebih banyak cahaya. Kamera punya setting tak reti nak set lagi. Terkebil kebil mata bila CT Delima cakap pasal apperture, ISO dsb.

      Padam
  9. Sotong ni ada dijual di Tanjung Dawai kedah.. sedap tk terkata kalu makan dengan nasi lemak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana nak dapat supply ni. Hari tu beli sikit sangat.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.