Apabila terbaca resepi Donut dari HaSue di Myresepi yang ditulis sebagai paling lembut, gebu dan sedap serta tak payah diperap, spontan saya jadi tertarik dan hati teruja untuk mencubanya walaupun baru beberapa hari lepas, saya membuat Donut kentang yang gebu gebana, pinjam istilah yang diguna Chah dari blog Bila Chah Ke Dapur. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi Donut Kentang yang membuatkan saya tergoda habis, buang diet, buang segala, kerana donut, aku turutkan. Atau jika suka Donut Gebu Tradisional yang dijamin "Gebu Sampai Esok" boleh klik di SINI.
Donut ini saya buat pada pagi hari sabtu lepas. Hmm seronok sebab menyediakannya sangat cepat, sekejap jer dah terhasil 33 biji donut gebu ini. Doh yang kecil kecil yang terhasil semasa ditekap dengan acuan donut, digoreng begitu sahaja. Sambil menggoreng, sambil masuk mulut. Tak sempat pun nak salut dengan gula halus. Setakat ini, saya dah mencuba 3 resepi donut yang pada saya semuanya sedap. Sedap yang tersendiri lah.
Jom tengok resepi di bawah yang mana dohnya juga sesuai untuk pelbagai jenis kuih muih yang memerlukan doh yang lembut. Jom layan resepi.......
Donut Gebu Lagi
Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.
Assalam Azie.. sedapnyer donut.. bila nak mendonut ni? huhuu.. terlior sangat.. :)
ReplyDeleteShiela, skrg tengah excited nak mendonut. mengepau dan mengapam. Nampak gaya kena gi beli freezer lah. 2 peti sejuk pun tak muat nak letak kuih kuih frozen untuk saya makan sendiri. Lepas ni nak cuba talam beras resepi MIL Shiela pula. Yang ini berapa lama boleh tahan ya
ReplyDeletesalam sis
ReplyDeletemmg gebu la..tgk kt pic yg last tue..nampak kgebuanya..zila amik resepi nie yer..kot2 time rajin dtg nk jgk try..;p
wslm dear, gebu dan yang lainnya dari resepi sebelum ini, ianya tak perlu diperap. Boleh jer diperap tapi sengaja tak memerapnya sebab nak test resepi. Ambik jer kerana saya pun cuma memanjangkan resepi kawan kawan sebelum ini juga. semoga kita semua dapat ganjaran perkongsian ilmu yang bermanafaat...
Deletesalam Zie,lama nya akak tak melawat dapur Zie,tercium wangi donat tu lah dtg ni ada lagi tak Zie sedang lapo ni sbbt tadi makan awal heeee
ReplyDeleteHmm I pun terasa kekurangan juga bila lama Kak Noor tak menjenguk. Al maklumlah Kak Noor sedang meraikan kegembiraan bersama keluarga tersayang di London. Jeles tengok Kak Noor asyik ke London. Tahniah untuk Kak Noor, hubby dan anak anak.
Deleteitu la kelebihan cef..sambil masak..sambil makan..hehehe..sy pon selalu camtu..tambah pulak donat lembut pujaan hati!
ReplyDeleteUmmi, hahaha betul tu tp nak kena control juga selera asyik nak mengunyah ni. Tak tahu bila nak stop.
DeleteI say, Azie, cannot tahan. I must make this gebu gebana donut.
ReplyDeleteDear PH, you should try as it takes less time to prepare as compare to other recipes. Can cut the waiting time. Time is precious, right.
Deletesy selalu guna resepi ni untuk buat frozen. Senang utk buat breakfast atau minum ptg...kdg2 utk bento anak juga. mmg puas hati ;)
ReplyDeleteFnF, i pun buat frozen. Senang sebab nak makan boleh terus goreng. Kadang kadang kita nak makan sebiji dua jer, tak adalah masa tu perlu nak mengadun doh donut kan. Jimat masa.
DeleteSalam Zie...
ReplyDeleteRahel pun penggemar donat...nampak halus dan cantek texture donat itu..gue suke..nanti nak try gak..
Rahel, sama lah kita. Tak mahu banyak banyak. Dapat 2 biji sekali makan, baru best. Jadi sentiasa nak makan.
DeleteAs'salam Azie
ReplyDeletect juga peminat donat, kalau nak buat cepat penyediaan donat ct memang selalu guna resipi dari hasue ni jer. molek sungguh bolat2 aje donat Azie tu bentuknya :)
Wslm CT, rindunya menunggu CT buka kedai. Banyak kali menjenguk, masih bertutup. Alhamdulillah, you have finally back. Mmg kalau nak cepat, resepi ini lah yg terbaik. Kalau nak sedap, resepi donut kentang yg lagi gebu montel.
DeleteHai Azie,
ReplyDeletebagusnya cara Azie...tunjuk step by step, jadi memang mudah untuk dijadikan panduan kepada pengunjung yang baru nak belajar buat donut...
Amie dah link blog Azie di dapur Amie ye...
Amie, bukan step by step sangat. Saya cuma suka mengambil gambar gambar masakan yang sedang disediakan sejak dari dulu dulu lagi. Yerima kasih Amie kerana sudi link my blog
DeleteAssalam Azie.
ReplyDeleteGebunya donut azie ni,geram pulak tgk.Saya dah lama tak buat donut....teringin nak makan tapi malasnya nak buat.
Norzie, I pun macam tu juga. Kadang kadang rasa malas sangat. Kalau macam tu, saya terus jer buat sebab kalau fikir fikir, mesti rasa bertambah malas.
DeleteSalam sis.nampak gebus donut tu.....kalau tak payah perap lama...cepat nak sediakan ni....
ReplyDeletemamasya, betul cepat sangat sebab tak payah perap lama. saja nak buat kelainan
Deletepernah cuba buat donut tp agak keras dan tak ada rasa..
ReplyDeletetq resepi ni..lepas ni nak buat lg
Jangan putus asa. Cuba resepi ini pulak. Insya Allah, menjadi dg gebunya
DeleteAssalam. nak tanya, Macammana nk buat frozen?
ReplyDeleteBoleh goreng seketika supaya ianya tidak melekat satu sama lain. Lepas tu masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dalam freezer
DeleteKak azie..saya nk resepi ni yer..gebu sesangat...thanks coz x kedekut ilmu ya kak...
ReplyDeleteSilakan, sis. Saya sangat gembira jika ada yg sudi mencuba resepi yg saya paparkan di blog ini.
Deletekenapa saya simpan dalam freez dan goreng balik berminyak sangat tak lalu nak makan ada sesapa boleh tolong .
ReplyDeleteHmm tak pernah pulak saya mengalami masalah spt itu. Biasanya saya goreng sekejap dan freeze. Sebelum dimakan, goreng sepenuhnya
DeleteSalam Cik Azie trm kasih ats resepi donut yg gebus mebus nih.Alhamdulillah..setlh byk kli mencuba bru jadi ikut resepi cik azie.Jazakallahhu khairan kathiro :-)
ReplyDeleteWslm. Alhamdulillah kerana berjaya menyediakannya.
DeleteSalam Kak Azie baru try resepi kak azie ni. Nampak senang. Nanti update result ye..hehee. TQ
ReplyDeleteBolehlah cuba. saya simpan dalam freezer dan digoreng semula bla hendak dihidangkan. Masih lembut sahaja donutnya
DeleteSaya pun bekukan juga.Budak2 nak pegi skolah pagi2 seng, goreng je buat sarapan. hehee. Tq for recipe ye
DeleteBetul tu. buat banyak banyak dan simpan dlm freezer. Bila ada tetamu, boleh dijadikan hidangan
DeleteAkak,
ReplyDeletesaya dah guna resepi nie gebu & lembut.. Thanks
Alhamdulillah. Buat banyak banyak dan simpan dlm freezer
DeleteAlhamdulillah kak...sy dh cube..tp sy x gune shortening pun..tp ttp lembut n gebu...suami pn suke n suh sy buat lg...=) thank u kak ats perkongsian bergune...
DeleteAlhamdulillah, tahniah
DeleteSalam kak zie, saya ni pengunjung baru blog kak dan nak try sgt resepi donut ni cause anak suka...
ReplyDeleteWslm Rina, donut kentang pun sedap. i suka sangat. Nnt cuba yg itu juga
DeleteAs salam Kak Azie,
ReplyDeleteHari sabtu ni baru nak cuba resepi ni...sebab anak pun suka makan donut... selalu beli kat luar je...nanti saya update kan resultnya... nampak mudah je resepinya...Thanks
Selamat mencuba
DeleteApa tu shortening
ReplyDeleteMacam krim ada dijual di kedai bakeri atau Giant pun ada
DeleteAs salam...Kak azie, donut saya tak segebu donut akak....mungkin tak sabar nak uli & goreng.... next time kena buat dengan sabar...:-), thanks for the resepi
ReplyDeleteHahaha sabar tu separuh daripada iman
DeleteAs-salam... sudu kecil dan sudu besar yg kak azie slalu guna tu table spoon n tea spoon ker?
ReplyDeleteYa sudu besar tu tablespoon dan sk teaspoon. Saya guna sudu yg dibeli di kedai bakeri. Senang sikit sb sukatan lebih standard
DeleteSalam, nk try la resepi ni,,,2 susu pekat tu, susu pekat manis ke?? Tak manis sangat ke kalau letak susu ni sebb gula pun letak juga,,
ReplyDeleteYa susu pekat manis.
DeleteSalam alhamdulillah siap juga donut ikut resepi ni, dapat 28 biji, gebu2 pula tu, trima kasih ya atas resepi
DeleteAda lebih oleh simpan dalam freezer
Delete