Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Part VII: Pembinaan Pagar


Sementara saya agak sibuk di bulan Ramadhan ini, saya tidak dapat berkongsi berkenaan masakan, saya ingin menyambung catatan berkenaan pembinaan pagar Villa Nur Qaseh. Sebelum nya Part VI di SINI

Pagar kami amat mencabar sebenarnya kerana jika dilihat bentuk dan cara kemasukan kereta, adalah sedikit unik. Tidak lurus, jadi pembinaan kedua dua batu tembok amat amat membuatkan saya pening, apalagi memikirkan pemasangan pintu pagar automatik kemudiannya.  

Aduh tak ada rupa pagar masa ni. Tengok ni, mata pun jadi senak. Ini adalah pembinaan meter elektrik dan air yang saya mahukan ianya dibuka dari luar. Manakala tembok batu pagar dibuatkan ruang untuk saya menyimpan baja baja dan peralatan untuk berkebun. Rugi jika tembok ini ditutup dan tidak memberi sebarang kegunaan. 

Pembinaan Pagar

Pembinaan Pagar

Pembinaan tembok pagar di pintu pagar kedua. Asalnya hanya pintu pagar kecil sahaja tetapi memandangkan kawasan laman saya yang terbahagi kepada 4 bahagian, jadi saya rasa elok jika di buat pintu pagar besar yang boleh memuatkan kereta. Mana tahu ada kenduri kendara, boleh jer caterer menggunakan pintu pagar belakang untuk terus ke kawasan dry yard bagi urusan berkenaan.

Nampak tak, di bawah itu ada juga tong sampah. Saya meletak tong sampah di belakang rumah kerana tidak mahu pintu pagar yang digunakan untuk masuk ke rumah berbau sampah. Ia seharusnya mewangi untuk menyambut kepulangan kita setiap hari. Walau macamana sekali pun dijaga, tong sampah tetap tong sampah.



Ini pulak pagar di belakang dapur dan kawasan dry yard. Masa tu belum ada jiran, terpaksalah saya membuat pagar tanpa berkongsi. Apa apa pun dah rezeki mereka, saya pasti diberikan ganjaran juga kan. 

Bagi menjimatkan kos, saya hanya menggunakan bata putih simen sahaja. Kelihatan juga piping untuk pemasangan lampu pagar.



Pembinaan Pagar

Sekarang peringkat kerja kerja plastering batu pagar pula. Bahagian ini sangat penting untuk memastikan produk akhir yang cantik.


Pembinaan Pagar

Aduh kalau tengok masa ini, memang tak percaya yang kini ianya dipenuhi pokok pokok menghijau.. Lubang digali bagi membuat laluan wiring elektrik untuk lampu dinding pagar.


Pembinaan topi pagar pun menimbulkan masalah. Pekerja yang membuat kerja kerja ni macam tak pandai atau sengaja curi tulang. Mesti lah ketebalan topi pagar tu sama dan permukaan atas tak boleh rata untuk mengelakkan air dari bertakung di atasnya. Topi mesti tinggi di atas dan cerun di sekeliling, jadi air hujan boleh jatuh serta tidak bertakung di atasnya.


Rupa pagar selepas di plaster dan dicat asas (foundation). Hahaha nampaklah sikit rupa pagar.

Pembinaan Pagar

Pagar di laluan masuk utama ke porch. Ketika ini pagar dah hampir siap. Tengok besarnya tembok batu pagar kami kerana ianya akan nampak gah jika bersaiz besar.



Pembinaan Pagar

Pemasangan pagar dari kayu belian pun dibuat 2 kali walaupun di sub kepada kontraktor Cina kerana mereka memang akan mengambil kesempatan untuk mengambil jalan mudah. Mungkin mereka fikir saya jahil dan tak tahu banyak bab bab pembinaan rumah.


Pembinaan Pagar

Di bawah ini adalah warna asal kayu belian sebelum ianya dibuka dan dicat semula. Saya mahukan kayu yang berwarna gelap yang lebih konvensional seperti mana warna frame dan pintu kayu cengal yang dicat berwarna gelap. Lagi pulak kayu cengal, lama kelamaan akan berwarna kehitaman.


Di bawah ini pulak adalah gambar yang diambil selepas kami berpindah masuk ke Villa Nur Qaseh. Setakat ini dahulu, sehingga kita bertemu di entri akan datang di Part VIII di SINI. Boleh klik di SINI untuk entri Part VI. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Part VII: Pembinaan Pagar"

  1. Saya nak jimat kos jadi cuba bikin sendiri

    BalasPadam
  2. Brp kos keseluruhan pagar puan.upah dan barang sekali ke.harga kayu belian tu pulak brp kosnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baizura,
      Kami beli barang sendiri dan upah, jadi saya tak ingatlah berapa kos nya

      Padam
  3. Cantiknya rmh...berapa total semua hsbis...👌

    BalasPadam
  4. Nk tanya..apa kod warna cat pagar tu ye. Yg warna coklat cair dgn coklat gelap tu.

    BalasPadam