Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 8 July 2012

Nasi Goreng Tom Yam Untuk Sarapan Di Hari Minggu





Hari ini memang saya tak ada rancangan untuk memasak apa apa pun. Cuma pagi tadi ternampak entri Tuna Roll yang dibuat CMG, terus berkenan tapi masih berbelah bahagi walaupun bahan bahan sudah dikeluarkan dari store. Dalam dok terkial kial tu, terpandang pulak nasi putih lebihan malam tadi. Saya terus siapkan bahan untuk membuat Nasi Goreng Tom Yam kerana saya belum ada resepi ini dalam blog. Hahaha saja nak memenuhkan koleksi nasi goreng gitu.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan. Saya hanya menggunakan apa apa bahan yang tersedia jer. Kalau ada udang atau sotong, boleh juga dimasukkan. Tapi saya pernah membaca yang bahan makanan laut tak elok disekalikan dengan daging atau ayam. Tapi saya lupa pulak, akan sebab sebabnya. Sejak itu, saya cuba elakkan menggunakan kedua dua bahan itu serentak dalam satu masakan. Itulah cerita nyer.....



Nasi Goreng Tom Yam

2 mangkuk nasi
Daging ayam - potong kecil 
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
5 biji cili padi - ketuk 
1 kiub pes tom yam 
Kobis - hiris kecil
Daun limau purut - racik
1 biji telur
Sos ikan
Garam
Daun bawang/cili merah - hiasan

Cara-cara
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng seketika sehingga masak. 

Masukkan perencah tomyam. Masukkan sedikit air. 

Masukkan daun limau purut dan kubis. Gaul rata.

Pecahkan telur dan masukkan nasi dan digaul rata. Akhir sekali, masukkan garam dan sos ikan. 

Hias dengan daun bawang dan hirisan cili merah. Hidangkan bersama keropok lekor.




4 comments:

  1. tak tahan nengoknya...siap ada keropok lekor lagi..

    ReplyDelete
  2. Kam, siapa suka tom yam dan daun daun limau purut, pasti suka nasi goreng ini. Eksotik Thailand

    ReplyDelete
  3. Tengok dalam pon dah kecur airliur..Kalau ada kat depan,memang tak sempat ambik gambar,sebab dah sibuk makan ;D

    ReplyDelete
  4. LP, hahaha samalah. Lepas ambik gambar, terus makan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.