Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

17 Jul 2012

Masak Lemak Cili Api Ikan Parang Panggang




Hari ini saya akan ke Tropicana Medical Centre untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Harap harap semuanya OK. Doa doakan untuk saya ya, kawan kawan semua. Jadi untuk beberapa hari ini saya tidak akan memasak, dapur Azie akan berehat. Hari ini nak tayangkan entri tertunggak jer.

Sejak beli dari Langkawi belum sekali pun menggunakan pemanggang. Jadi teringat nak membuat ikan panggang dan kemudian di masak lemak cili api. Tapi stok ikan yang ada dalam peti ais hanya ada ikan parang jer. Hantam saja lah Labu. Memang mudah sangat memanggang menggunakan pemanggang ini. Bulan puasa bolehlah saya buat ikan bakar. Di rumah kami, bila disebut ikan bakar ialah ikan yang dilumur garam dan kunyit dan dibakar atas arang. Ianya dimakan begitu sahaja tanpa perlu dicicah. Tapi bila dah tinggal di KL, barulah saya faham yang ikan bakar di sini dibakar begitu sahaja dan dimakan bersama air asam. Memang diakui kami kurang suka rasa isi ikan yang tawar, mesti rasa masin masin sikit. Kalau ikan yang dibakar begitu sahaja dipanggil ikan tawar yang dicicah dengan budu.

Ini adalah entri 2 minggu yang lepas yang belum sempat saya post kan. Memang sedap gulai lemak ikan yang dipanggang terutama ikan sembilang yang seolah olah ikan yang disalai. Jom layan resepi



Masak Lemak Cili Api Ikan Parang Panggang

3 keping ikan parang
6 cili api kampung
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 kotak santan
Garam

Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan dipanggang menggunakan pemanggang. Terbalikkan selepas bahagian bawah agak kering.




Masak santan dengan cili api dan kunyit hidup yang dikisar sehingga mengelegak dengan api perlahan supaya tidak pecah minyak.

Masukkan ikan, asam keping dan garam. Masak sehingga sesuai rasa dan kepekatannya.

Angkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

  

8 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa..boleh tumpang mkn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha jemputlah makan, hihihi masak sendiri. How sweet...

      Padam
  2. Azie, hope your check up goes smoothly and that you pass the test with flying colors. Back home in KT we like plain ikan panggang or ikan goreng with budu too. When we eat food like this, mesti makan dengan tangan baru best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, dear. Hope everything is OK. I am now in the ward waiting for the procedure at 12pm. With this pemanggang, hope I can make more of healthy ikan panggang in the future

      Padam
  3. Azie semoga cepat sembuh...Sedap nampak maska lemak azie cantik kaler dia ...

    BalasPadam
  4. Insya-Allah mudah-mudahan MC Azie terurus dengan lancar. sedapnya masak lemak cili api, suka kuahnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Amie. I tengah terliur menengok makanan ni. Dari pkl 10 mlm tadi hingga pukul 9 malam ni baru boleh makan. Itu pun roti jer.huhuhu

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.