Ads

iklan arab 2

Iklan

Iklan Nuffnang

7 Jul 2012

Masak Asam Pedas Ayam





Bagi saya, setiap masakan ada cerita, walaupun pada Yuna setiap lagu yang ada cerita. Teringat dulu setiap kali hubby mempunyai mesyuarat mingguan, Ikram akan membawa seperiuk besar asam pedas ayam yang dimasak oleh emak mertua beliau untuk dicicah dengan roti gardenia. Serius sangat sangat sedap. Saya boleh menambah berpinggan pinggan dan sering teringat. Tapi masa tu, tak tahu resepi untuk memasaknya sendiri. Kini Ikram pun tidak lagi bekerja di sini, jadi dah lama juga saya tak dapat makan asam pedas ayam. Itu lah kali pertama saya sebenarnya makan asam pedas ayam.


Entah kenapa semalam tiba tiba teringin ingin nak makan asam pedas ayam. Resepi asam pedas yang biasa saya gunakan pun, memang dah sedap. Boleh sahaja ditukar dari ikan kepada ayam. Resepi itu, saya pelajari dari Norfaziah atau saya panggil sebagai Ita. Tapi untuk kelainan, saya menanya Pak Cik Google dan berjumpa dengan resepi dari fida daud Myresepi. Berdasarkan feedback mereka yang telah mencuba, menjadikan saya teruja sekali untuk mencubanya sendiri. Bangun pagi pagi lagi saya dah ke dapur dan menyediakan bahan menumis dan terus ditumis. Bila hubby balik jer dari kedai runcit, terus siang dan bersihkan ayam dan boleh terus dimasukkan ke dalam kuali. Cepat dan menjimatkan masa kerana selepas itu, saya mahu membuat Donut dan Tart Nenas pula. Yeaay, hari ni bolehlah saya cicah asam pedas ayam dengan roti sebab kekonon tak mahu makan nasi.

Jom layan resepi asam pedas ayam dari negeri Johor....



Masak Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.




Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati.




Tambahkan air secukupnya.

Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. 

Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.






Nota
Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.

Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya

Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.



31 comments:

  1. Sedapnya Azie,hubby saya org Melaka maka mmg asam pedaslah masakan kegemarannya.Kalau tak silap yang Azie masak ni asam pedas org Johor(daun kesum n bunga kantan)sbb kalau kat Melaka isi daun limau purut.Nanti nak cuba resepi Azie ni pulak.

    ReplyDelete
  2. As salam Norzie. Saya pun suka asam pedas walaupun orang Kelantan. Yang ni resepi asam pedas Johor. Saya pun suka asam pedas melaka. setiap kali ke Melaka, mmg agenda nya mencari asam pedas. Cuba lah, sedap ni. cicah dg roti gardenia

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah sedpnyo kak !!! terliur..saya mmemng suka asam pedas. mak mertua orang melaka, asam pedas dia letak halba. versi ni pun sedap ni.huhu terliur..nak balik umah mak la .

    ReplyDelete
  4. Siti, memang sedap sangat nih. Mai lah datang makan rumah kita. Kita ni rajin memasak tetapi tak ada orang nak memakannya. Kita pulak tengah kemaruk nak memasak

    ReplyDelete
  5. Asslm kak Azie...nmpk pekat kuahnya...sedapnye kak... feveret saya asam pedas nih walaupun org pahang. hubby lak org melaka-johor, mmg asam pedas tu menu wajib keluarga hubby. tiap2 hari asam pedas pun takpe... mak mertua sy paling terer masak asam pedas. mak selalu letak sayur jeruk dalam asam pedas. mmg kaw2.

    ReplyDelete
  6. FnF, apa kata you belajar dengan MIL. kalau boleh ambil sukatan yg tepat. Share kat sini, I nak sangat cari resepi orang orang tua yang memang dah pakar. klau kita masak sekali dg dia, kita boleh tengok sukatan. sebab I rasa kalau depa masak, rasa lagi kick la...

    ReplyDelete
  7. salam azie..tq berkunjung ke dapur akak..woww..tgk asam pedas azie ni pun dh menjejes airliur akak tau..hehe!

    ReplyDelete
  8. Wslm Inahar, terima kasih juga atas kesudian berkunjung balas. semoga kita dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  9. wahhhhhh! telan air liur kak,tgk resepi nim..nak try lah nanti.aritu ada jgak tanya mama resepi nak masak ayam asam pedas ni..ingtkan susah..senang je rupanya:)
    terima kasih kak atas resepi tu..dan gmbr yg amat menyelerakan^^

    ReplyDelete
  10. LP, terima kasih juga kerana sudi berkunjung dan meninggalkan sepatah dua kata komen yang pastinya menceriakan hari hari saya.

    Memang sedap asam pedas ni, kalau tak mahu makan dg nasi, boleh cicah dg roti putih

    ReplyDelete
  11. sedap asam pedas......baru tau ayam boleh masak asam pedas.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah dg roti, memang terangkat

      Delete
  12. wahhh sedap....dah bt dah...... dan bakal d update d http://elizamuslim.blogspot.com/ sy.... terima kasih resepi..tp sy tmbh 2 biji buah keras utk memekatkan kuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh nanti saya follow ya

      Delete
    2. Thanks for the resrpies.saya dah pernah buat Tu hari memang sedap gile hubby tak pernah mkn asam pedas dia cube sikit lepas Tu mintak tambah satu pinggan nasi

      Delete
  13. Ayam sedang masak kat dapur. Thanks for the recipe!! Nanti update kt my blog pula :))

    ReplyDelete
  14. Thanks for the recepi..I nk cuba ptg ni..first time nk msk asam pedas..Harap2 menjadi. ..its me NANI

    ReplyDelete
  15. Sedap gunakan resipi ni tapi I gunakan daun limau purut sebab arwah ayah saya org Melaka. Cubalah. Suami dan anak I menjilat jari sampai mkn 2 pinggan πŸ‘πŸ˜„

    ReplyDelete
  16. Sedap tak kalau letak bendi dlm asam pedas ayam?

    ReplyDelete
  17. Aslkm.
    Kalu nk letak halba, ok x? Camne ye kalu nk resepi yg gn halba? Jarang masak actly. Pestaim nk try asam pedas ayam sbb hubby req :)
    Reen <3

    ReplyDelete
  18. Asam pedas otw .. Atas dapur dh .. Thanks for sharing ..

    ReplyDelete
  19. Tq kak azie! Sy dah cuba resipi ni. Sedap sangat.
    cuma sy ada tambah kiub tomyam sikitπŸ˜†

    ReplyDelete
  20. Asallam.
    Hye sis azie. Thnks for the receipe. Arini nk try masak asam pedas ayam ni plak. Actually sy slalu refer sis nye resepi if nk memasak. Maaf la sbb xminta izin dulu utk gunakan resepi sis utk rujukan. 1st time sy guna resepi sis utk buat puding caramel. Then curry ayam, buah melaka, sambal n a few resepi lagi la. Alhamdulillah... mnjadi smuanya. So arini sy mnta izin guna resepi asam pedas sis ni utk msk juadah berbuka nanti. Almaklumla... sy budak br blajar msk. Huhuhuuu... ape2 pon tq sis atas pnduan n resepi2 utk memasak ni. Salam ramadhan. ������

    ReplyDelete
  21. Saya baru siap masak asam pdas ayam ni.. Menjadi.. Thanks kak azie resepi yg senang ni. Cume bunga kantan n daun kesom x de. So pakai serai n daun limau purut jek..

    ReplyDelete
  22. Sbnrnya..lau nk wat lg kick..tmbh halia. Instead of lada hitam,I prefer lg halia sbb lbih mjadi asam pedasnya. Tmbh bendi,n yes mmg asam pedas ayam mmg lbih pekat drp ikan. Sy dah blaja wat asam pedas from my mom since form 1. She already passed away actlly..my hubby from Kelantan. Dia lbih ske masakan gulai2 nih.. Apepun,mmg asam pedas johor lau pndai buat mmg sedap.sy johorean n mmg dah mmsak asam pedas selama 15thn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share resepi. Teruja utk belajar, resepi asli

      Delete
  23. best nya pndai masak sy xminat masak tpy sy tgh bljr memasak yla xkn nnty khwin husband kne mkn luar kn. ..hehehhe

    ReplyDelete
  24. kak azie, sy fah cuba, mrmang sedaaaaaaap sy selalu tengok blog kak azir cari resepi semua senang and sedap tq yeeee.

    ReplyDelete
  25. Sedap dan suka! Sejak study kat joho, mmg fav asam pedas xkira versi mana. Selalu buat. Kdg2 ikut versi asam pedas utara, nenek ajar. Lain sikit. Siap sangai beras sebelum diblend dan dimasukkan dalam kuah..

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah , tkasih Azie sdap sgt asam pdas ayam ni.....sy pun bust lbh kurang versi cmni cuma x letak belacan... Tp kali ni sy ikut betul2 resepi Azie. Best!

    ReplyDelete
  27. Suka tengok auntie azie punya blog. Alhamdulillah, kebanyakkan resepi lauk pauk yang dari blog auntie azie, semuanya sedap. Saya minat memasak even sekarang umur 19. Thanks auntie azie. Update more recipe :) -Eiyqa Azman

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.