Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 26 July 2012

Lauk Pauk Dari Bazar Ramadhan



Semalam adalah hari kedua saya menjenguk ke Bazar Ramadhan. Hari lain, hubby cuma pergi dengan anak anak. Memang bazar ini adalah antara yang terbesar di Kota Damansara. Tapi saya seperti biasa lah, bila tengok lauk pauk semua saya tak berkenan. Seperti juga membeli belah, lepas tengok, akan letak semula. Entah lah pelik sikit saya ni. Apa yang saya berkenan semuanya yang harga nya saya tak mampu. Kuih bakar ini saya beli di cafe tempat saya bekerja, memang sedap sangat sangat.



Berbalik pada masakan yang dijual di Bazar Ramadhan ini memang nampak sedap tapi tak terbuka pun selera saya kerana saya amat simple. Saya hanya membeli nasi kerabu dan ikan bakar sahaja untuk diri sendiri. Yang lain hubby belikan dengan mengambil citarasa dan kesukaan anak anak. Saya pulak tengok lauk pauk walaupun nampak sedap, tapi tak teringin langsung.





Inilah lauk pauk yang dibeli untuk berbuka. Masya Allah, macam macam ada sebab ada ramai anak yang punya citarasa yang berbeza beza. Hubby rajin melayan permintaan anak anak.







Tengok betapa gebunya donut ini, walaupun tak beli saya akan singgah melihatnya setiap kali melalui gerai ini, Memang besar dan gebu sangat donut ini.




Yang ini pulak murtabak yang sedap lah walaupun tak sangat sangat sedap. Dari yang my hubby beli bertahun tahun di bulan Ramadhan, semua saya rasa macam tak sedap jer. Ramai orang beratur panjang, kena sabar lah sikit kalau nak makan murtabak ini. Yang ini lain dengan murtabak di atas.



Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit berkenaan tazkirah di surau pejabat saya tengahari tadi yang antara lain adalah seperti berikut:

Menjaga hubungan sesama manusia terutama jiran. Jangan sakiti jiran jiran. Orang yang beribadah dan menghadiri majlis ilmu juga akan dicampak ke dalam neraka dek suka memyakiti jiran sendiri.

Taqwa iaitu merasai adanya Allah, bukan sahaja tahu adanya Allah. Ianya akan menjadi pemangkin kita daripada berbuat perkara yang dilarang kerana merasa Allah Mengetahui segalanya walaupun tiada manusia yang nampak.

Berbuat kebaikan kepada ibu bapa walau siapa pun kita, kedudukan kita, kita tetap anak kepada kedua orang tua kita. Sehingga ada seorang pemuda yang mengendong ibunya dalam semua ibadat di Mekah dan selepas itu bertanya kalau ianya dapat membalas budi dan jasa kedua ibu bapanya. Tapi apa yang dibalas adalah segala apa yang dibuat tidak dapat membalaspun jasa ibunya hatta semasa melahirkan dia. Begitulah besarnya jasa ibu bapa terutama ibu yang mengandung dan melahirkan.

Malam tadi semasa tazkirah, dikongsikan berkenaan ibadah puasa yang merupakan salah satu ibadat untuk membantu meningkatkan taqwa. Dalam Quran disebut taqwa sebanyak 69 kali berbanding dengan solat yang hanya 12 kali. Bila kita mempunyai taqwa, kita akan rasa diperhati. Kita terhalang untuk membuat sesuatu yang dilarang dan akan mengikut apa yang diperintahkan kerana rasa diperhatikan Allah. Merasa keujudan Allah bukan sekadar tahu adanya Allah. Kalau sekadar tahu dan percaya sahaja tapi tak patuh. Orang orang yang mempunyai taqwa akan bersegera memohon keampunan. Kenapa orang muslim kena mempunyai taqwa? Ianya melindungi sesuatu dari sesuatu dengan sesuatu. Jadi kita kena berdoa supaya kita dijadikan seorang muslim yang beriman dan bertaqwa.

Dikongsi juga perihal sahabat nabi yang bertanya apabila Nabi hanya beribadat separuh malam dan tidur separuh malam kecuali pada 10 malam terakhir. Nabi mengajar cara beribadat untuk kita mendapat pahala seolah beribadat sepanjang malam ialah dengan qiam bersama imam, iaitu solat bersama imam dan balik bersama imam. Ertinya, bila solat selesai baru balik. Jadi kita tunggulah  selepas solat witir.

Jadi sementara kita masih berada di bulan Ramadhan ini, jom lah kita belajar sebanyaknya, menghadiri majlis ilmu sebanyaknya dan mengamalkan sebanyaknya. Ini adalah kerana tiada kesempurnaan jika beramal tanpa ilmu. Kalau bukan di bulan Ramadhan, bila lagi?

8 comments:

  1. Hari nie kali ke2 D5 pi bazar kat putrajaya nie rata2 xsedap mana...Sekarang nie org meniaga xbape nk ikhlas xmcm dulu kan...Selamat berbuka Azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, betul lah. Patut nya depa ni memasak dan jual. Bukan memasak utk dijual. Bila memasak utk dijual, mereka akan memasak dg bermotif keuntungan semata. Semalam beli karipap, katanya sardin sahaja tp tengok dalamnya tak ada rupa sardin. Mcm mana depa ni berniaga yg membawa dosa

      Delete
  2. Salam..
    Saya belum berkesempatan nak ke mana-mana bazar ramadan..
    tapi nasi kerabu dan daging salai tu menggodanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujur nya daging bakar tak rupa daging bakar. Penjualnya pun tak makan kot. Keras sebab sekeringnya. Depa tak tahu membakar daging ke mmg dibakar dan dijual selama berhari hari

      Delete
  3. Salam sis.suka tengok suasana di bazaar Ramadan....maklumlah dah 2 thn berturut2 tak berpeluang ke bazaar Ramadan.kalau ke bazaar Ramadan sy suka tengok bhg kuih-muih tp beli setakat 1-2 jenis sj sbb anak2 tak gemar sgt kuih kecuali yg goreng2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, di sana ada tak bazar jualan macam tempat kita. Kalau ada, blh tayang entri pasal tu

      Delete
  4. Kalau pergi bazar, semua rasa nak beli.Tapi,akhirnya nanti tak kehabisan kalau ikutkan nafsu time beli kat bazar. Kena berwaspada jugak la kan :)
    Rindu nak makan ayam percik kelate..huuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, i pulak semua tak nak beli sebab semua rasa tak teringin

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.