Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

21 Jul 2012

Jus Lemon dan Madu Lebah



Selain makanan yang sesuai diambik, doktor juga meminta saya mengamalkan meminum air buah buahan yang lebih berkhasiat serta minuman yang boleh membantu memberi kebaikan kepada kesihatan. Saya mempunyai masalah stone di dalam buah pinggang yang akan sentiasa berulang ulang. Berdasarkan kajian terbaru, bidang perubatan mendapati lemon dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Oleh itu, doktor menasihatkan saya untuk mengamalkan air lemon. Caranya sangat mudah iaitu dengan menuang air suam ke dalam gelas. Perahkan sebiji lemon ke dalamnya. Jika tak tahan rasanya, boleh dimasukkan sedikit madu ke dalamnya. Kacau dan teruslah minum. Madu Manuka ini saya beli semasa bercuti ke Gold Coast dan ianya mengandungi bahan active +20 untuk antibacterial yang asal dari New Zealand. Tapi sejak dibeli, belum pernah lagi menggunakannya.

Jom layan gambar gambarnya..




4 ulasan:

  1. salam ramadhan & selamat berpuasa wat k.azie sekeluarga ye!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa untuk Ina dan keluarga juga. Semoga Ramadan kali ini memberikan kita ganjaran pahala yang melimpah ruah

      Padam
  2. kak zie..ciannya..nikee sehari cutu berblog tu la..tak tahu akak sakit ape..lemon good for ur diet pun..amalkan selalu kak.mmg baguz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, I ni kalau di rumah semua benda ada. Tapi tak makan jer. Kalau lemon tu kadang kadang sampai kecut gitu jer

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.