Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

7 Jul 2012

Happy Birthday, My Dearest Hubby




Walaupun birthday my laling hubby adalah pada 4 Julai, yang dia selalu joke yang seluruh United States turut meraikan birthday beliau, tetapi hanya malam ini kami berkesempatan keluar makan malam. Hari bekerja agak kesuntukan masa dan tambahan pula, kami menunggu kepulangan Boy untuk turut sama meraikannya.

Seperti biasa, kami meraikan harijadi antara kami dengan keluar makan makan di restoran pilihan. Kebiasaannya restoran makanan Barat atau Jepun yang menjadi pilihan. Tiada kek harijadi dan tiada majlis di rumah seperti masa masa dulu. Yang penting, semua gembira kerana masing masing dapat memilih menu kesukaan.



Kali ini kami ke TGI Fridays di Subang Parade yang masih rapat di hati kami. Walaupun sudah berpindah dari USJ namun Subang Jaya masih dekat di hati. Anak anak masih bersekolah di USJ dan kawan kawan mereka juga masih ramai di sana. Setiap kali balik bercuti, Boy akan mengambil kesempatan berjumpa dengan kawan kawannya di USJ. Pendek kata agak sukar untuk memisahkan diri dengan USJ. 

  


OK lah jom kita tengok menu pilihan malam ini. Saya memilih Tennessee Burger, hubby dan Juita memesan Grilled Lamb, manakala Aween meminta Osso Bucco. Boy pula memilih Tennesse Chicken and Shrimps. Teringat pula pada Nana dan Nellisa yang tak dapat turut serta. Nana tahun ini tidak balik beraya bersama sebalik nya akan berhari raya di London kerana mengikuti program attachment. Nellisa pulak sibuk dengan tugasan semester terakhir beliau. 






Happy birthday, from all of us. Love you so much...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads