Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

24 Jul 2012

Bersahur Dengan Nasi Goreng Ikan Masin




Untuk sahur pagi tadi, saya memasak Nasi Goreng Ikan Masin lagi. Sebaik balik dari bersolat terawih, saya terus mengupas bawang bawang dan memotong sayuran dan disimpan dalam bekas sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Kali ini saya masukkan sayur kacang panjang kerana saya sangat suka nasi goreng bersayurkan kacang panjang. Walaupun anak anak nampak begitu mengantuk tetapi mereka tetap menghabiskan semangkuk nasi goreng seorang termasuklah my laling hubby. Dengan rasa masin masin ikan masin jeruk, naiklah sedikit selera bersahur.

Saya memang tidak bercadang untuk memasak lauk pauk di bulan puasa kerana ingin mengurangkan aktiviti kerja rumah terutama mengemas di dapur, sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada ibadah dan menghadiri majlis majlis ilmu di sepanjang bulan Ramadan sementara kita masih berpeluang berada di dalamnya. Ganjaran menuntut ilmu dengan menghadiri majlis kuliah sangat besar ganjaran pahalanya apa lagi di bulan Ramadan. Jika tidak di bulan Ramadan, bila lagi? Bila lagi untuk kita menghadiri majlis ilmu? 

Dari Abud Darda` radhiyallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa menempuh suatu jalan yang padanya dia mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan dia menempuh jalan dari jalan-jalan (menuju) jannah, dan sesungguhnya para malaikat benar-benar akan meletakkan sayap-sayapnya untuk penuntut ilmu, dan sesungguhnya seorang penuntut ilmu akan dimintakan ampun untuknya oleh makhluk-makhluk Allah yang di langit dan yang di bumi, sampai ikan yang ada di tengah lautan pun meminta ampun untuknya. Dan sesungguhnya keutamaan seorang yang berilmu atas seorang yang ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan pada malam purnama atas seluruh bintang, dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar ataupun dirham, akan tetapi mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambilnya maka sungguh dia telah mengambil bagian yang sangat banyak.” (HR. Abu Dawud , At-Tirmidziy dan isnadnya hasan)


Jom kita layan resepi lah pulak...




Nasi Goreng Ikan Masin

2 ketul ikan jeruk - buang tulang
5 batang kacang panjang - hiris halus
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji telur
Garam
Sedikit sos ikan
Nasi putih

Panaskan minyak dan masukkan ikan jeruk,ndigoreng sambil dihancurkan menggunakan sodek. Masukkan bawang bawang hiris dan diikuti dengan kacang panjang.

Bila kacang agak lembut, masukkan nasi putih. Gaul rata dan pecahkan telur. Kacau rata. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan sos ikan secukupnya.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.