Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 30 July 2012

Bersahur Dengan Nasi Goreng Cina dan Sotong Goreng Kunyit





Pagi tadi saya menyediakan nasi goreng cina dengan sotong goreng kunyit untuk hidangan bersahur. Sebelum tidur saya telah pun mengeluarkan sotong dari freezer dan dibiarkan sahaja defrost sendiri di luar. Bangun tidur jer saya terus ke dapur. Dalam berbelah bahagi, saya terus mengeluarkan nasi putih dari rice cooker. Saya tak pasti kalau hendak menghidangkan nasi putih dengan sotong goreng kunyit atau menyediakan nasi goreng dengan diletakkan sotong di dalamnya atau kedua duanya digoreng. Hmmm memang susahkan nak memikirkan hidangan sahur ni ya....

Percaturan saya berbaloi kerana nasi goreng saya habis dengan anak saya makan menambah nambah. Itu yang membuatkan saya seronok. Nasi goreng cina menggunakan rencah Seri Aji ni amat mudah disediakan. Cuma panaskan minyak, masukkan kacang panjang hiris dan pecahkan telur. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan rencah Nasi Goreng Seri Aji dan gaul rata. Angkat dan hidangkan. 

Sebelum berundur diri, saya ingin berkongsi petikan dari artikel yang sangat bagus yang dikongsikan oleh sahabat saya, Haji Abdul Hanan yang antara lain ditulis bahawa semua hari hari Ramadhan adalah waktu yang mulia. Maka ambil lah kesempatan ini dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu mustajab:
  • Ketika hampir waktu berbuka, Nabi menyebut 3 doa yang tidak ditolak antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
  • Di sepertiga malam ketika Allah Taala menyeru: “Adakah ada orang yang berdoa, maka aku perkenankan, adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku mengampunkannya”. (HR: Al-Bukhari & Muslim)
  • Memohon keampunan Allah Taaal ketika waktu sahur. (Az-Zariyat:18)

Juga jangan dilupa terdapat ganjaran ganjaran yang besar bagi orang berzikir. Terdapat banyak nas nas al Quran dan hadis hadis Nabi SAW yang sahih yang menjelaskannya. 

Selamat berbuka semua... 


8 comments:

  1. Salam sis. anak2 sy kalau buat nasi goreng letak perencah nasi goreng seri aji panggil nasi goreng Msia sbb rempah kena angkut dr Msia...
    re; air punch tembikai tu cukup utk berbuka dan moreh sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, bagus juga ada semangat warga negara tu.
      Sedap nya air punch tu. rumah kami, tembikau membusuk jer dlm peti sejuk. Makan sorang sorang, mana best.

      Delete
  2. Sedap tu nasi goreng cina Azie...lagilah kalau pakai perencah seri aji, memang gerenti menjadi sampai menambah-nambah nasi ke pinggan he he he hehh
    Terima kasih perkongsian ilmu itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, I pun suka guna seri aji sb kalau adabi rempahnya berminyak. Yg seri aji berserbuk.

      Delete
  3. mmg betul tu Kak Azie..kalau sahur jer mula la xtau nk masak apa..cmpur lak mata ngantuk..kalau ada lebihan berbuka bleh la panaskan..kalau xde..cmni pun ok...janji bleh alas perut smpai petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda, masalahnya lauk lebihan berbuka ni, jadi tak lalu nak telan. Mesti nak yg baru masak dan panas panas gak

      Delete
  4. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Salam kenal juga. Terima kasih kerana kesudian singgah di blog saya

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.