Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 29 July 2012

Berbuka Dengan Beef Noodles dan Bersahur Dengan Spaghetti Aglio e Olio





Malam semalam kami berbuka puasa di Vietnamese Restaurant dan seperti biasa kami akan order Beef Noodles yang memang menu sihat dan dimasukkan banyak ulaman juga di dalamnya. Dalam program JJCM kami, ini adalah salah satu daripadanya. Sedap sekali apalagi setelah sekian lama tidak ke sana. Layan gambar di bawah...




Kecuali Aween, kami semua memesan beef noodles yang memang sedap sangat, di samping side orders yang lain. Sejak puasa, inilah kali pertama kami berbuka di luar, itupun setelah hubby memberi jaminan yang saya tidak akan tertinggal solat terawih sebelah malamnya....





Sebelum kita melihat menu sahur saya pagi tadi, saya ingin kongsikan sedikit tazkirah yang diberi oleh seorang Ustaz dari Kelantan yang punya wajah yang sangat bercahaya dan melihatnya amat memberikan kegembiraan. Dengan gurauan bersahaja, rasanya saya banyak tersengih sepanjang tazkirah apabila beliau menegur yang zaman sekarang ramai yang punya body cantik tapi enjin buruk, apa yang diajar difahami tapi selepas itu lupa dan langsung tidak diamalkan. Ini adalah kerana mereka tidak fokus dan tidak faham matlamat. 

Beliau juga menerangkan bahawa ibadah puasa dapat meningkatkan taqwa kerana puasa adalah zakat jiwa. Zakat bererti menyucikan jiwa. Bila jiwa disucikan dan dididik ianya akan menjadi benteng dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan melakukan apa yang diperintah oleh Allah. Jika kita tidak melakukan itu, bererti kita telah menzalimi diri sendiri seperti doa Nabi Adam saw selepas dikeluarakan dari syurga kerana mengingkari perintah Allah. Justeru kita diseru supaya sentiasa membaca doa seperti berikut:

Doa Nabi Adam
"Robbana dholamna anfusana wailam tagfirlana watarhamana lana kunnana minal khosirin" Ya Allah , kami telah mendholimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi" [QS.Al-A'raf 22]

Seperti yang dijanjikan pagi tadi saya memasak Spaghetti Aglio e Olio yang diminta oleh Aween. Dalam bahasa Itali bermaksud bawang putih dan olive oil sahaja. Tapi bagi menambahkan sedikit keceriaan semasa bersahur di awal pagi, saya letakkan juga bahan bahan lain. Jom layan resepi..



Spaghetti Aglio e Olio

Bahan bahan
1/2 pek spaghetti
6 ulas bawang putih - hiris
Olive oil

Bahan lain
Coarse black pepper
Cili flakes
Mushroom
Daun parsley

Masak spaghetti dalam air yang telah dimasukkan garam dan minyak mengikut masa ditetapkan di pek bungkusan.

Panaskan minyak olive dan masukkkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan. Masukkan pula cendawan hiris.

Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul sebati, boleh masukkan sedikit garam, black pepper dan daun parsley.

Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Siaap... 

Nota:
Jika suka boleh juga dimasukkan cili kering yang dipotong sepanjang 1 inci dan lain lain seperti seafood.

6 comments:

  1. Apa menu buka puasa petang ni Azie... bestnya dapat JJCM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, kami beli jer sebab anak anak suka nak beli lauk pauk di bazar Ramadhan. Utk saya sendiri, setiap hari nasi kerabu dengan solok lada jer. Seronok klu dpt masak macam Amie.

      Delete
  2. wowwww besarnya mangkuk...bleh muncitt perut adda kalau gitu..padahal meme buncit dh..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda, memang besar tapi kita makan sup ni bukan banyak isi pun. Banyak daging dan sayuran. Ngam ngam lah untuk seorang

      Delete
  3. Salam kenal Kak Azie..wahhh best dpt bebuka kat luar..yana belum berkesempatan lg nk bebuka kat luar .. spageti aglio olio tu sgh meyelerakan..mmg feveret yana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Salam kenal juga utk Yana. Aglio Olio sedap menggunakan spaghetti tapi spaghetti kehabisan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.