Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

14 Jul 2012

Ayam Masak Gulai Limau Purut





Hari ini terpaksa juga memasak lauk pauk untuk 2 orang budak kesayangan hubby di rumah ini. Hubby dah beli  ayam dan sotong sebelum bertolak ke Kuantan semalam. Memang kekeringan idea apa yang nak dimasak. Dalam peti ais, ada ayam, udang, sotong dan ikan. Hahaha ohh semua ada rupanya. Tadi rasa macam tak ada bahan yang nak dimasak. Bahan bahan kering pun memang penuh sesak lah dalam tu. Memang saya suka mengumpul koleksi ikan kering, udang kering, sotong kering dan ntah apa apa lagi yang jadi kering dengan sendiri. Pergi mana mana jer mesti beli, masak jer yang tidak tidak lagi. 




Budak 2 orang ni suka makan nasi dan lauk pauk. Kalau buat kuih muih, agak kureng sikit. Jadi hari ini saya masak nasi putih untuk sarapan pagi mereka, yang dibiarkan jer dalam rice cooker tu. Nanti bila nak makan, depa boleh ulang ulang lah. Untuk lauk pula, saya masak gulai ayam yang saya ambil dari blog Potret Kasih dan yang lain tengok apa yang saya rajin. Kalau rajin terlebih, saya goreng lah telur dadar... Saya pulak hanya bersarapan dengan tembikai pemberian Dato Hassan dan Cinnamon Sugar Pull Apart Bread di SINI yang saya panaskan kembali dalam oven. Makan pulak bersama sama dengan Teh Lemon Ahmed Tea dari Egypt, memang layan habis lah. Budak yang kecik tu pandai komplen, malam tadi saya dah kena komplen sebab goreng ayam sikit sangat. Saya ingat 3 ketul untuk 2 orang dah cukup sebab ada telur mata dan ikan bilis goreng. Rupanya ada yang tak sentuh telur mata dan ikan bilis tu. Jangan depa buat laporan kat my hubby jer dah lah...

Jom layan resepi di bawah....



Ayam Masak Gulai Limau Purut

1 ekor ayam sederhana besar
10 biji cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugur
2 cawan santan atau 1 cawan susu cair
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan kasar dan halus
sedikit garam
sedikit gula (jika suka)
sedikit perasa (jika suka)
3-6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan

Ayam di potong 8 atau 12 dan di bersihkan dengan sedikit tepung gandum.


Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, langkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.

Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk.


Reneh ayam hingga ayam kecut.





Masukkan santan atau susu cair dan asam gelugur. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih.





Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.


Masukkan daun limau purut. 





Kacau seketika dan angkat. Terpulang pada kepekatan yang disukai. Sedap dimakan dengan nasi putih atau dicicah dengan roti.


6 comments:

  1. waduh sedapnye..terus lapor pewut nih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina, lauk mcm ni versatile. Boleh makan dg nasi putih, nasi lemak, pulut kuning atau cicah roti jer. Jom brunch

      Delete
  2. Wah wah wah!
    Gulai tu masih berasap lagi,baru masak agaknya kan.Hihihi~~
    Sedapkan kak kalau makan dengan pulut kuning. Aduhai..Sedap sedap.Tak pernah lagi try menu gulai limau purut ni,nanti nak suruh mama trylah jugak. terima kasih kak atas menu ni:)
    duk ingat pasal gulai gulai,teringat lak kat kuzi ayam.makan dengan roti jalan..aduhai bestnyaa..kena tunggu raya jelah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, baru jer masak. Masih panas panas lagi, terus ceduk dan posing jap.

      Mcm sama lah kita. I pun bila tengok ni, teringat kat kuzi juga tadi. Kuzi kelantan. Kalau makanan Kelantan, baru selera datang. Kalau tak, tengok semuanya macam tak lalu walaupun menambah berpinggan pinggan

      Delete
  3. Ha'a kalau masakan kelantan adalah yg terbaik. Akak orang kelantan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, saya mmg orang Kelantan. Ada orang kata, kalau tengok rupa saya pun, mereka tahu yang saya ni orang Kelantan

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.