Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

20 Jul 2012

Apam Labu





Petang semalam saya discharge dari hospital, saya dah kena mulakan rutin ubat ubat yang di prescribe by the doctor. Banyak pantang yang saya perlu patuhi. Banyak makanan yang tidak boleh saya ambil buat sementara waktu. Agak sukar juga memikirkan apa yang boleh dimakan ni. Saya tidak bercadang untuk memasak pun di bulan puasa ini, hanya ingin memasak nasi, manakala lauk pauk dan kuih muih dibeli sahaja. Kalau saya masuk ke dapur pun, mungkin di hari minggu sahaja. Itu hanya plan sahaja. Cuma saya perlu memikirkan makanan untuk dimakan semasa sahur kerana saya perlu makan ubat sebelum dan selepas sahur...

Puas memandang siling, akhirnya teringat nak membuat apam labu lah. Rasanya macam OK jer bahan bahannya, tak ada pulak yang doktor kata tak boleh diambil. Ini adalah kira kuih sebelum datangnya bulan Ramadhan esok lah. Yang sebenar benarnya saya dah rindukan dapur Azie. Apalagi semasa di ward, asyik menjamu mata dengan lauk pauk dan kuih muih yang sedap sedap, sedang saya terbaring kelemahan di katil hospital. Malam ni dah mula berterawih kan. Tapi macam biasa lah, saya buat kuih ni setengah adunan jer kerana anak anak kami tak suka sangat makan kuih muih. Itu pun dapat 12 biji apam menggunakan acuan yang memang cukup untuk kami sekeluarga. 

Resepi ini saya ambil dari blog Easy Bake yang sangat sedap. Jom layan resepinya...



Apam Labu

Bahan A
2 sk yis segera
1 sk gula kaster
3 sb air suam

Bahan B
230 gm labu (rebus dg kulit dan scoop isi dan timbang)
150 gm gula
1 biji telur
150 ml santan kelapa pekat

Bahan C (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1  1/2 sk baking powder

Cara cara
Satukan bahan A. Ketepikan 5-10 minit.

Kisar dg blender bahan B hingga sebati. Tuang dalam mangkuk besar. Masukkan bahan C ke dalam bahan B sedikit demi sedikit hingga sebati. 

Masukkan bahan A ke dalam adunan dan gaul rata. Tutup dan biarkan dalam 1 jam.

Panaskan pengukus dengan api yang besar. Lenser minyak pada acuan dan tuangkan adunan. Kukus dalam 15-18  minit. Guna api perlahan jika tak mahu apam menjadi mekar.

Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus seketika.




18 ulasan:

  1. Ermmm sedap nyer apam... D5 suker apam :D.. Cepat sihat ek Azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerima kasih D5. I masih pening memikirkan jadual makan ubat ni. Ada masa berbuka, lepas setengah jam baru boleh makan berbuka puasa. Ada yg nak makan selepas makan buka puasa dan ada yg makan sebelum tidur, sebelum sahur dan selepas sahur. Pengsan dibuatnyer. Mudah mudahan segalanya lancar

      Padam
  2. apam feberet saya pantang kalu ada labu mesti buat. :-)
    slmat menyambut ramadhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izah, ohh Izah suka apam labu ya. Ini first time buat selepas terpandang warna kuning diraja kat blog Yat. Terus terpesona. Selamat berpuasa untuk Izah dan keluarga.

      Padam
  3. Oh my! I know I will love this apam. Hope you will be alright after the medications. Selamat berpuasa to you and family!

    BalasPadam
  4. as-salam sis azie..
    aduhhh gebu betul apam labu nih..salam ramadhan al-mubarak sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. JC, selamat berpuasa dan semoga kita akan memperolehi ganjaran pahala yg melimpah di bulan yg mulia ini

      Padam
  5. Cantiknya rupa paras apam labu, warnanya kuning menawan, bentuknya mulus gebuuuuu....
    Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa buat Azie sekeluarga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, i pun terpikat dg warna kuning diraja yg sangat cantik. Selamat berpuasa utk Amie dan keluarga juga. Semoga Ramadan kali ini diberkati dan dilimpahi dg ganjaran pahala yg melimpah

      Padam
  6. hmm.. sedapnyerr apam.. :-)

    BalasPadam
  7. alahai comeiiiinye apam labu tu...nmpk sedap sgt...QH blum penah buat lg...nti try jugak...slmt menyambut ramadhan yer buat Kak Azie sekeluarga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, selamat berpuasa dan semoga kita mendapat ganjaran yg melimpah di bulan yg mulia ini.

      Padam
  8. sukaaa apam... selamat berpuasa & salam ramdhan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tk bersua di alam maya dg Ogyep. Selamat berpuasa utk Ogyep dan keluarga.

      Padam
  9. Dah pernah cuba buat...mmg sedap Azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norzie, I tergoda dg warna kuning diraja, itu yg terus mencuba. Setengah adunan pun dah cukup banyak

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.