Iklan Nuffnang

Radiglow

27 Jul 2012

Agar Agar Sirap Ros





Bila lama tak masuk ke dapur terasalah pulak rindu untuk memasak dan bersiaran di alam maya dengan kawan kawan yang sentiasa menyokong blog Azie, namun masa yang bergerak terlalu pantas menjadikan saya kepenatan mengejar ruang masa yang ada. Tiada masa langsung untuk berehat dari sampai rumah sehingga keesokan harinya. Terlalu padat aktiviti dan terasa waktu rehat pun sangat lah terhad.


Hari ini tiba tiba teringin untuk membuat kuih yang lembab basah kerana saya memang berbuka dengan kuih kuih seperti ini sejak kecil seperti nekbat, biji nangka, sekaya telur, lompat tikam, puteri mandi yang semuanya basah dan lembab. Lagipun agar agar ini sangat cepat disediakan, sangat mudah semudah ABC. Saya tak mahu menghabiskan banyak masa di dapur di bulan Ramadhan ini. Sebaik habis makan, hubby sudah bersiap untuk ke masjid. Jadi saya memang belum habis mengunyah makanan, sudah berlari mengambil wudhu. Tapi saya gembira dengan kesempatan dan rezeki yang diberi. 

Berpeluang ke masjid juga adalah satu rezeki, lebih lebih lagi berpeluang berada dalam majlis ilmu yang mana ada malaikat yang akan memayungi kita dengan sayapnya. Kita juga boleh merapatkan ukhuwwah ketika berjumpa di masjid. Jika datang ke masjid, kita juga akan mendapat keberkatan kefahaman kerana berada dekat dengan guru. Jika ke masjid, kita mendapat pahala perjalanan pergi dan pulang ke masjid. Kumpullah pelaburan sementara tawaran masih diberi. Jika tidak di bulan Ramadhan ini, bila lagi?



Agar Agar Sirap Ros

Bahan bahan:
20 gram agar-agar bertali 
230 gram gula atau secukupnya
4 mug air
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu, jika suka
Sedikit sirap ros
Sedikit pewarna merah, jika suka

Cara cara
Masak agar agar dgn air sehingga agar agar hancur. Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.

Masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.

Tapis dan tuang ke dalam loyang/bekas agar agar yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

Sejukkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.



18 comments:

adda syuhada said...

kalau tgk agarr2 ni igt kt kg dulu2..kt majlis kawin jer mesti ada jer agar2 nih...

Bicara Kak Noor said...

salam Zie,lama akak tak singgah sini agar2 ni menarik lah merah menyala mesti manis macam tuan dia jugak ni kan haus ni boleh lah minta satu dua utk penghilang dahaga ni kan//

Azie said...

Adda, rumah my sister masih ada agar agar ni masa kenduri. Sedap dan tak menjemukan, terutama di makan sejuk sejuk

Azie said...

Wslm Kak Noor, mmg lama Kak Noor tak singgah sini sebab Kak Noor dah berjalan ke merata rata tempat di negeri omputih tu

Balqis Nazid said...

salam... wah sedapnya..
teringat kecik2 dulu kalau nampak air sirap dalam esbok memang curi2 minum. tak tahan godaan dengan air merah tu..
ingat masa kecik jer dah tua pun sama, kalau nampak sirap ya allah tak menahan godaan tu ha..ha..
apalagi kalau tetiba buka esbok ada agar2 merah ni... erm....maknanya..? hi..hi..

Shiela said...

Assalam Azie.. how are u dear? hope u're getting better.. lama i tak sempat singgah, sibuk sgt lately.. btw, love your pic n the jelly look so tempting.. Selamat menjalani ibadah puasa.. :-)

Amie said...

Comelnya agar-agar sirap merah... teringat masa kecik2 dulu kalau pergi tempat orang kahwin mesti ada hidangan begini tapi potong-potong je bukan dalam acuan yang cantik gini... kami panggil lengkong!

Azie said...

hahaha I pun masa kecik pernah juga curi curi minuma. kekonon pergi berkumur tapi habis berkumur, terus kenyang. Itu masa sekolah rendah lah

Azie said...

wslm Shiela. Alhamdulillah and is getting better. Insya Allah hari ni ada appointment lagi dengan doktor.

Azie said...

Amie, yang potong potong tu lagi sedap. Potong pulak dengan pisau bergerigi tu. sebab potongan kecil kecil, kita jadi nak ulang ulang sebab tak cukup kan. kesusahan mengajar kita erti menghargai, berbanding dengan anak anak sekarang yang tak menghargai apa yang dimasak kerana mereka lebih suka fast food atau western food

FnF Simple Life said...

salam kak Azie.. agar2 merah ni feveret sy adik beradik masa puasa zaman budak2 dulu...mak selalu buat seloyang agar2 merah utk buka puasa... sehari je habis kami adik beradik makan...

inahar ali said...

hmm..agar2 sirap cenggini mmg sesuai sbg dessert bulan pose kan..x muak makan..sedaap!

laskar pelangi said...

aduhai..
agar agar yang menyejukkan tekak..kena letak dalam peti ais sebelum makan,baru sedap ;')

Azie said...

FnF sungguh versatile kan agar agar ini, evergreen jer sebab sentiasa sedap wlpun ada bermacam puding sekarang ni

Azie said...

Ina, betul tak muak dan menyamankan kita yg berpuasa

Azie said...

LP, saya suka melihat agar agar ini. setiap kali gigit akan lihat lagi sebab tekstur nya yang kenyal tu. Kenyal agar agar kosong

Zura Lee said...

tetiba terasa gulai kawah dlm tekak ni bile tgk agar2 sirap akak ni... agar2 cmni sinonim tol ngn kenduri kawen...

Azie said...

Betul, kalau kenduri di Kelantan, mmg akan disediakan agar agar ini kerana mudah dan tak menjemukan.