Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Villa Nur Qaseh Dalam Majalah LAMAN Julai/Ogos 2012





Haaa jangan lupa kawan kawan semua terutama yang melanggan majalah LAMAN, dalam edisi bulan Julai/Ogos ada laman Nur Qaseh dalam ruangan Taman Hebat.  Taman ini menjadi kebanggaan kami kerana semua nya dihasilkan dengan titik peluh dan usaha sendiri tanpa menggunakan khidmat sesiapa.  

Laman direka sendiri dengan bantuan suami dan anak anak. Anak saya terutama Aween gemar memberi idea tentang jenis pokok dan bagaimana penyusunan pokok pokok perlu dilakukan, malahan beliau sendiri menyusun alih pokok pokok mengikut citarasa beliau sendiri. Penjagaan dan pembajaan juga dibuat sendiri. Jika waktu semester break, rutin menyiram pokok dilakukan oleh Boy. Kalau hari hari lain saya dan suami akan menyiram sebelum ke pejabat dan selepas balik dari pejabat.  


Seolah olah aktiviti beriadah keluarga, bila hujung minggu kami akan bermandi peluh di laman ala ala tropika moden ini. Pokok pokok dibeli dalam polibeg kecil kecil kerana saya membeli anak anak pokok yang masih kecil dan menanam sendiri sehingga sebesar seperti hari ini. 3 batang pokok frangipani ditanam dalam tahun 2009 semasa rumah masih dalam peringkat pembinaan belum disiapkan sepenuhnya lagi. Jadi ianya telah besar dan berbunga sewaktu kami berpindah masuk.

Kami mempunyai kolam ikan yang mengelilingi sebahagian besar rumah. Walaupun tak besar tapi ianya menepati konsep rumah seolah terapung seperti yang saya inginkan. Rumah lebih sejuk juga. Berjenis jenis ikan mendiaminya dan dikawal dari segi kuantiti supaya tidak terlalu sesak. Ikan ikan Koi Jepun semasa dibeli hanya sebesar 2 ibu jari sahaja, begitu juga ikan kelah yang semasa dibeli hanya bersaiz ikan bilis sahaja. Selain itu, ada juga ikan jelawat, ikan patin buah serta ikan talapia dan kalui yang ditangkap dari tasik berhadapan rumah kami. 


Tapi kini semua ikan ikan sudah besar, membesar di depan mata termasuklah ikan koi jepun kepunyaan Nana yang dibeli sendiri semasa beliau bercuti. Nana dan Aween juga meminati ikan ikan peliharaan seperti saya juga. Rasa keseronokan yang tidak terhingga bila berpeluang melakukannya sendiri. Hubby memang menjaga ikan ikan dan kolam dengan rutin yang begitu teratur bagi memastikan mereka semua sihat, riang dan gembira. 


Majalah LAMAN merupakan majalah yang memaparkan dekorasi laman dan landskap yang memang menjadi kegemaran saya di mana setiap bulan saya pasti membelinya sejak bertahun tahun lamanya. Tak pernah miss lah.

Jom, dapatkan naskhah anda hari ini... yeaah 




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Villa Nur Qaseh Dalam Majalah LAMAN Julai/Ogos 2012"

  1. salam kak..cantiknya rumah..sejuk mata memandang..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cover majalah LAMAN tu bukan rumah saya. Di dalamnya, ada laman rumah kami. Jgn lupa beli ya

      Padam
  2. salam kak...wow... kalau saya di Malaysia sudah pasti dah beli magazine ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, magazine ni sgt memberi informasi dalam menghiasi laman rumah kita. Sangat sangat membantu dalam mereka hias laman.

      Padam
  3. tahniah kak...cantik dan mendamaikan kalau ada byk pokok kat umah kan..dulu saya pun suka langgan majalah ni tapi sejak dok oversea ni tak dapatlah nak beli lagi:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Nieza sekarang berada di mana? Bekerja atau masih belajar?

      Padam
  4. Taniah Azie sgt cantik umah nyer d5 suker sgt2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, rumah saya di dalam, bukan yang cover majalah tu

      Padam
  5. wah cantiknye laman umh akak..luas betul..rasa mcm nk berenang2 kt kolam tu..mendamaikan...TANHIAH kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, aduh rumah I kat dalam majalah LAMAN bukan cover majalah ni, Yang ooi.

      Padam
  6. Hi Azie...baru perasan banyak articles tentang rumah Azie masuk majalah2. Tahniah! kerana terpilih. Area mana ni? mana la tahu kalu dekat2 tu bolih la kite bertandang kan :)

    BalasPadam
  7. Papa Ntiq, rumah kami di Kota Damansara.

    BalasPadam
  8. aunty macam mana aunty bahagi masa dalam mnghias rumah ,memasak serta bekerja?teringin sangat nak tahu lah aunty :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ainaa, mmg kena berkejar masa juga tapi rumah kami tak ada budak kecil, jadi tak lah bersepah cuma habuk sahaja. Sebelum ke pejabat, kami bagi ikan dan ayam makan, lepas tu siram pokok. Balik rumah, memasak dan siram pokok lagi serta bagi ikan makan. Hari minggu jer mengemas rumah... Itu jer rutin biasa kami. Hubby tolong lah juga. Anak kami yang perempuan tu akan mengemas dapur sebelum masuk tidur.

      Padam
  9. Tahniah Azie...mmg cantik rumah serta laman you....mmg patut diketengahkan untuk idea..biarpun rumahku kecil saja...boleh jugak suntik sana sini kot mengena kan.....nice sharing Azie... ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Ummi. Lama tk berbicara di alam maya dengan Ummi. Rumah kecil atau besar hanyalah tempat persinggahan sementara. Yang penting ianya tetap menjadi rumahku syurgaku.

      Padam
  10. cantek nya umah kak azie ..pandai kak azie hias .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hias ikut suka suka hati jer, bukan ada ilmu landskap pun

      Padam
  11. Sangat cantik..Sejuk mata memandang...

    BalasPadam
  12. cantiknye laman kak azie.. menjadi inspirasi buat ina yg bajet kecik tp nak buat laman gempak ala2 k.azie. hiiiii salam perkenalan k.azie.

    BalasPadam