Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 29 June 2012

Udang Harimau Masak Black Pepper




Saya ubahsuai resepi ini dari resepi Ketam yang terdapat dalam blog Bila Chah Ke Dapur kerana saya tak punya ketam. Sekarang ni, kena fokus pada masakan lauk pauk dulu kerana yang pasti lauk pauk yang dimasak akan dapat sambutan dari penghuni Villa Nur Qaseh yang 3 orang tu berbanding dengan kuih muih. Kalau nak membuat kuih muih, kena tunggu hari minggu jer. Saya pun tak terkejar kejar masa memasak, masa mengambil gambar dan mengemaskini blog. Bila terkejar kejar ni, badan pun jadi penat. Bila penat, hihihi tak sempat nak berzikir lama lama selepas solat, asyik menguap nguap jer.

Beberapa malam lepas, saya ada menyediakan Masak Kicap Ikan Kerisi yang mendapat sambutan hangat. Alaa sambutan dari penghuni rumah ni lah. Jadi bila dah kekeringan idea, buat lawatan tapak ke dapur kawan kawan dan tersinggah di Dapur Chah. Saya memang suka melayan gambar gambar yang cantik dan boleh melihat satu satu gambar dari tepi ke tepi, dari atas ke bawah lah. Haaa begitu lah saya, yang rasa terhibur dapat menjamu mata dengan gambar gambar masakan yang cantik menawan. Terpesona dengan gambar yang cantik, menyebabkan saya ingin mencuba resepi Chah yang diminta dari tukang masak di sebuah restoran masakan seafood. Memang sedap sekali resepi ini. Tambahan lagi, penggunaan daun kucai menambahkan manis manja lagi masakan ini... Jom layan resepi dulu....



Udang Masak Black Pepper

5 ekor udang harimau
Segenggam kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sudu kicap cair
3-4 sudu sos plum (guna sos ikan)
4-5 sudu sos tiram
Sedikit garam
secubit dua gula
2 pokok daun kucai
Minyak

Cara-cara:
Goreng udang sekejap dan ketepikan. 


Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing sebelum dimasukkan sedikit air.


Masukkan sos dan masak hingga agak pekat. Sesuaikan rasanya.


Masukkan udang dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.






12 comments:

  1. wahhhh tetibe lapo lak rase nyer hehhehe sedap tul nampak nyer skrg nie pun tgh nk pk masak ape udang xde dah nk masak nie ekkekkekek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, I suka kalau diminta masak apa apa dari kita kena fikir apa nak masak, apa bahan nak dibeli dsb. Bulan puasa ni, kena prepare 1 month punya menu ni

      Delete
    2. hah betul tu cam D5 asyik buat meeting je nk masak ape ari nie last2 ikan goreng ngan kicap je sbb terlebey pk wakkakkakkakka, but kekadang mkn camtu best gak...Bulan pose nie leh lah kite bertukar2 resepi ek musti kiter hilang punca sbb hari2 masak hehe best nyer xsabo nk pose, but mak D5 xbalik uwaaaaaa raya berdua lg ler D5 nie sbb kawan umah D5 tu dah mmg yatim piatu so tiap2 kali raya kiterorg raya berdua buttttt makanan sumer adooo hehehhehehehe seronok kan hati sendiri ekkekkekek..

      Delete
    3. Aduhaai ciannyer. kami pun mungkin raya di sini dulu sebelum balik kampung atau mungkin tak balik. Cuti tahunan dah nak habis. Kena simpan banyak hari juga cuti tahunan untuk ke Egypt. huhuhu macamana nak fikir pasal nak berjalan jalan ke tempat lain lagi ni

      Delete
    4. wahhh best nyerrr nnt kalau Azie pi Egypt ambik pic byk2 k..Ambik pic dlam piramid musti best n3 azie nnt xsabo nk tunggu hehehhe..

      Delete
    5. Dear, I dah pernah ke Egypt dan ambik gambar kat Pyramid tapi tak berani nak turun sebab laluannya sempit sangat. Tengok dalam my entry under label 7 wonders. Kali ni pergi for my daughter's convocation.

      Delete
    6. oooooooo ok,D5 tgk dah but xde pic kat dlm piramid hehehhe...xpe2 nnt nk pi tanya pakcik google ekkekekke...

      Delete
    7. Ada gambar my daughter and her friends di dalam pyramid.

      Delete
  2. Salam Azie

    Rajinnya bos ni...gambar tu nampak menarik sgt, kak suka bau kucai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Mama Ju, kalau sehari tak masuk dapur, rasa macam tak best sangat hari tu. At least sebelum tidur, dapat juga melayan layan blog dan BW. Betul, saya pun suka bau dan rasa kucai. Manis manis gitu terutama kalau dimasukkan dalam kue teow goreng

      Delete
  3. HI AZIE..TQ yer sudi singgah dan follow blog saya. Orang JB ke ni? Menarik nengok Azie sekeluarga jalan2 sakan overseas. best best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Saya ore Klate. Saya ni memang suka JJCM. Kalau gi mana mana, memang akan mencari makanan yg best kat tempat tersebut. Kalau ke Johor, mesti cara makanan johor yang best best.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.