Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

So much Fun in Langkawi




Saya ke Langkawi kali ini, bukan bercuti tapi lebih pada urusan kerja. Walau bagaimanapun, ada juga sessi lawatan ke Kilim Geoforest Park pada hari terakhir. Seronok dan sangat menyeronokkan semasa lawatan ke Kilim Geoforest Park tu, berpeluang menyaksikan Eagle Feeding, fish feeding dan Gua Kelawar.

Kalau sebelum ini, setiap kali kami ke Langkawi, banyak masa dihabiskan dengan hanya bersantai di kolam renang untuk menemani anak anak mandi manda, yang pasti makan makan dalam program JJCM dan bershopping dan melawat kawasan di shopping mall sahaja. Betul betul santai dan relax relax lah. Setelah menikmati sendiri keseronokannya, Insya Allah akan cuba bawa famili menikmati pengalaman menaiki bot di Kilim Geoforest Park suatu hari nanti. 

Pengalaman menaiki bot kali ini memang menyeronokkan walaupun pada mulanya saya agak ketakutan. Al maklumlah saya ni tak tahu berenang walaupun masa kecik rajin main anak anak sungai dan tepian sawah. Tapi bila lama lama rasa pulak seronok bila melihatkan keindahan alam semulajadi dengan banyak pulau pulau kecil di sekitarnya. Lebih lebih lagi, dalam bot kami semuanya perempuan. Apalagi kalau perempuan, adegan posing mestilah agenda utama, bergilir gilir berposing dengan pelbagai gaya.







Perhentian pertama ialah tempat di mana ditempatkan sangkar sangkar ikan laut yang pelbagai spesis seperti ikan pari, ikan kerapu dan ikan yang saya tak tahu namanya tetapi sangat unik. Ini kerana ianya mampu memancut air setinggi beberapa kaki dari paras air ke arah roti yang ditampal di tepi tiang. Ikan ini dalam habitat biasa akan memancut ke arah serangga sebagai sumber makanan.  




Selepas itu, kami di bawa untuk menyaksikan burung Helang Merah yang merupakan mercu tanda Langkawi. Kini baru saya tahu yang helang mampu hidup sehingga 70 tahun lamanya dengan hanya akan membesarkan 1 ekor sahaja anaknya pada suatu masa.





Dari situ, kami di bawa pula untuk melihat keindahan semulajadi dengan pulau pulau yang pelbagai bentuk dan batu batan yang unik. Ada pulau berupa kasut yang dikenali sebagai Pulau Kasut dan ada juga batu batan yang berbentuk apache, baby face dll.






Bot kemudian diberhentikan seketika sewaktu kami menghampiri bukit yang tertulis Kilim Geoforest Park bagi membolehkan kami mengambil gambar berlatarbelakangkannya. Ianya tentulah landmark bagi Kilim Geoforest Park yang sangat cantik.





Akhir sekali, kami dibawa ke Gua Kelawar. Memang banyak sekali kelawar kelawar yang bergantungan di bahagian atas gua. Geli pulak melihatnya dengan bau yang memang sinonim dengan kelawar tu. Tak akan lah nak sinonim dengan itik pulak kan. Perjalanan disingkatkan bila kami terpaksa berpatah balik kerana air laut pasang, terdapat air masuk ke jalan di dalam gua berkenaan. Hahaha lagipun panggilan Pekan Kuah pun dah terngiang ngiang.





Rombongan ala ala Cik Kiah bersama rakan sekerja ke Langkawi dari 15 hingga 17 Jun 2012 ini adalah paling menyeronokkan  berbanding dengan program sebelumnya yang diadakan di semenanjung yang pastinya menggunakan bas sahaja. Hahaha bila naik flight ni, lawatan tu dah berada di satu kelas teratas gitu... Inilah kali pertama saya menyertai program yang sungguh menyeronokkan dan pastinya akan terpahat di ingatan sampai bila bila. Walaupun atas urusan kerja, tapi tiada langsung acara yang tidak menyeronokkan melainkan menyeronokkan semuanya. Haa tengok tu dah berapa kali saya dok sebut dan ulang seronok, seronok, maknanya betul betul seronok lah walaupun memenatkan dek lawatan singkat yang agak berkejar kejar juga terutama masa untuk Cik Kiah membeli belah di Pekan Kuah. Pekan Kuah... hmm remind me of someone. Ehem ehem ehem, bukan boyfriend tau tapi peminat setia saya.... hihihi perasan lak 







Bila mengetahui yang saya akan ke Langkawi, sahabat fb saya, Aizy yang bersemangat kental dari Langkawi telah memberi pesanan supaya tidak lupa mencari semangang yang antara barang yang mesti dibeli oleh pengunjung ke Langkawi. Sejak itu, saya mula mencari dan menanya Pak Cik Google, bagaimana rupanya semangang. Bila Pak Cik Google tak faham, apa dia semangang, Aizy menghantar gambar untuk rujukan saya. Ohh rupanya pemanggang. Akhirnya sebelum bertolak ke airport, sempatlah saya membeli pemanggang jenama Original di Kedai Haji Ismail Group. Ada 2 jenama, yang satu lagi jenama Vintage yang lebih mahal. Mengikut adik yang berjual, sama sahaja ketahanan dan fungsi, cuma brand berbeza. Lagipun saya fikir, ianya hanya diletakkan di atas dapur, bukan berfungsi sendiri dengan menggunakan elektrik pun. Jadi saya dengan berat hati dan penuh berhemah tinggi telah membeli yang murah. Huhuhu bila balik, perasaan kurang puashati tetap ada kerana dalam hati tergedik gedik nak membeli brand yang paling mahal antara pemanggang yang ada.





Selain pemanggang, saya juga membeli 2 pan kecil yang digunakan untuk membuat telur mata kerbau tu. Alamaak, betul ke mata kerbau ada rupa camtu? Siapa nak jawab tu? Apa apa pun, kali ini saya tak banyak bershopping pun kerana siapa yang nak membawa barang barang saya pulak kan. Huhuhu dah lah my laling hubby tak ada. Kalau dia ada, dialah yang bershopping sebab saya hanya akan ambik, pegang, tengok dan letak. Macam kata my hubby lah, kalau harapkan saya memang balik tangan kosong dan putih mata lah anak anak. Supaya mata anak anak dan mata saya sendiri tak berputih, saya beli lah juga sedikit coklat coklat kegemaran anak anak dan saya sendiri. Banyak  coklat yang dibeli sebelum ini pun masih dok bersantai dalam peti ais. Jadi tak mahulah menambahkan penghuni peti ais yang penuh sesak tu. OK lah kita layan gambar gambar kami sepanjang di Langkawi. Jom layaannn...



 

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "So much Fun in Langkawi"

  1. Salam sis. seronok dpt peluang naik bot gini,sy 3 kali ke Langkawi tp belum berkesempatan naik bot.tengok pan kecil tu..sypun ada beli, geram nengok saiznya yg comei....baru je rasmi bbrap hari lepas wpun dah lama beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, pengalaman menyeronokkan. Lepas ni nak bawa anak anak naik bot juga. Comey kuali keil tu kan. Selain telur mata kerbau, apa lagi yg boleh kita gunakan utk nikmati kecomelannya tu? Buat burger lah kot

      Padam