Iklan Nuffnang

12 Jun 2012

Sira Pisang Raja





Teringat semasa kecil, my late father memang rajin orangnya, segala macam anika pokok buah buahan di tanam dan dia pun punya green fingers, tanam apa pun menjadi. Kalau pisang sekali ditebang dapat 1 atau 2 tandan. Biasanya my father akan memeramnya di dalam rumah/pondok (saya panggil tepah padi) tempat menyimpan padi. My father seorang petani yang bertanam padi. Jadi saya selalulah menjenguk ke pondok itu untuk mencari pisang yang dah masak yang biasa ditutup dengan guni. Di situ juga tempat saya selalu main sorok sorok, suka berguling atas padi padi tu. Zaman zaman tu, mana ada game lain yang nak main. Saya banyak berkawan dengan budak lelaki jiran jiran saya. Jadi kalau ada sebiji dua yang dah masak, saya lah yang akan memakannya dulu. Biasanya pisang yang ditanam adalah pisang abu atau pisang kebatu dan pisang bunga yang ala ala pisang montel tu. Zaman dulu, itulah makanan kudapan yang ada pun. Bukan ada duit nak beli kuih muih. Nak makan kuih kena tunggu my mom membuatnya sendiri.

Pisang Raja yang saya beli di Segamat memang cantik, besar dan segar. Kenapa ianya dipanggil Pisang Raja ya? Mesti ada yang istimewa dengan pisang ini. Saya sebenarnya macam ada satu persepsi, bila sebut jer pisang raja, saya akan membayangkan ianya pisang yang eksklusif, mahal dan sedap. Kalau di mana mana terjumpa pisang raja, mesti saya tak lupa untuk menyambarnya beberapa sikat. 

Sedap dimasak sira selain dimasak pengat dan dijadikan pisang goreng. Pisang Raja yang saya beli di Segamat hari tu, ada banyak biji pisang dan bersaiz agak besar, jadi sebelum ianya menjadi terlalu masak, menu hidangan petang kami hanyalah yang berasaskan pisang raja sahaja. Malam tadi sempat berbalas komen dengan sahabat yang baru kenal tapi mesra bak bertahun lama mengenali, Mamasya yang mencadangkan Puding Raja. Saya memang teringin nak buat puding tu tapi belum ada jala emas. Resepi pun dah ada, ambil dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang. Dari malam tadi, menanya di merata tempat kat mana ada jual ready made jala emas. Terima kasih atas cadangan tu ya, Mamasya. Kalau nak tengok entri Pengat Pisang Raja dengan Sagu boleh klik di SINI


 
Sedap sangat sira ni, apalagi selepas disimpan di dalam peti sejuk. Punya buruk perangai, sebelum keluar rumah pagi tadi, sempat lagi memakan beberapa ketul sira pisang yang diceduk dari periuk dalam peti sejuk. Hahaha pagi pagi dah makan sira dek teringat ingat kesedapannya.





Sira Pisang Raja
4 biji Pisang Raja - belah 2 dan potong 2
1 senduk gula
Air secukupnya
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih
Secubit garam
Pewarna kuning

Masak kesemua bahan di dalam periuk kecuali pisang sehingga gula hancur dan mendidih.

Masukkan pisang dan masak dengan apu perlahan sehingga air gula kelihatan likat dan berkilat.

Bolehlah tutup api. Disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.






6 comments:

  1. terbaik la kak....mmg sedap nie...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syifa, sedap dan tak menjemukan. Terutama di makan sejuk sejuk

      Delete
  2. Azie puding raja mmg sedap d5 penah mkn, isk isk isk awat ler asyik terliur je nie best tul lah sira pisang Azie nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, hari ni dok terliur kat pisang lemak manis pulak sebab terbaca Puding Raja Pekan Pahang menggunakan pisang lemak manis

      Delete
  3. Salam, Kak Azie. Nak tanya, kalau saya guna gula Melaka instead okay ke? And kalau saya tak letak pewarna kuning, warna gula putih tu nanti cukup kuning ke lepas gula tu dah caramelised? Thank you, kak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sira menggunakan gula putih. Dan letak sikit pewarna

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.