Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

24 Jun 2012

Petola Masak Lemak Putih





Masak lemak putih adalah resepi yang sentiasa menjadi hidangan kami di kampung untuk memasak sayuran, tak kiralah sawi ke, bayam ke, kacang panjang atau timun. Ini juga resepi yang terawal dimasak oleh saya. Teringat lagi masa baru baru belajar, saya letak asam keping di dalamnya. Bila Kak Nik Bidah, sepupu saya dok ketawa di jendela sambil mengatakan mana ada orang letak asam dalam sayur lemak. Memang masa tu, saya tak faham apa maksudnya sehingga lah diberitahu my mom kalau masak lemak tak letak asam. Hahaha apa apa pun kita belajar kan? 

Ini pun masakan yang lama saya tidak memasaknya. Entah kenapa semasa di Giant semalam, ternampak cantik jer petola ni, saya pun ambillah sebatang. Kalau di kampung, pernah juga my mom buat solok dengan menggunakan petola ni. Inti solok di sumbat ke dalamnya. Masa dulu dulu, kami masak lemak putih dengan  menggunakan ikan rebus yang ditumbuk dengan bawang merah tapi sejak akhir akhir ini, saya letak ikan bilis jer kerana bukan sentiasa ada ikan rebus macam zaman zaman dulu yang wajib ada di dapur masing masing.

Jom tengok resepi dulu...



Masak Lemak Putih Petola

Petola - hiris nipis serong
5 ulas bawang merah - hiris
Sedikit ikan bilis - tumbuk kasar
Cili merah - hiris
Santan
Garam

Masak santan bersama bawang dan ikan bilis sehingga hampir mendidih. Masukkan petola sehingga agak lenbut, masukkan cili merah dan garam serta serbuk perasa. Bila petola lembut, angkat.



1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.